Bahagian Teknologi Maklumat
- Membangun dan mengurus selia teknologi maklumat yang berkesan sebagai input kepada pihak pengurusan dalam melaksanakan dasar dan mengatur strategi bagi mempertingkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi penduduk di wilayah KEJORA
- Membentuk masyarakat yang mampu memanfaatkan ICT untuk tujuan kesejahteraan hidup.
- Menilai dan melaporkan kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan ICT kepada pengurusan KEJORA dan Kementerian.
Fungsi
Perancangan Dan Koordinasi
- Menilai, memberikan maklumbalas dan mencadangkan projek pengkomputeran jabatan mengikut perkembangan ICT.
- Merancang, mereka bentuk, membangun dan menyelaras aplikasi Laman Web Rasmi KEJORA dan aplikasi multimedia.
- Mengurus penyediaan kertas cadangan projek yang berkaitan sistem aplikasi utama dan sokongan termasuk kewangan dan sumber manusia.
- Memantau pembangunan aplikasi dan penyelenggaraan sistem dengan kerjasama vendor yang telah dilantik.
- Urusetia Jawatankuasa Teknikal Komputer dan Jawatankuasa Pemandu Komputer.
Penyelenggaraan dan Penyelarasan Sistem
- Menyelaras dan menyenggara Laman Web Rasmi KEJORA.
- Menyenggara dan memberi khidmat nasihat kepada pengguna untuk sistem bukan yang dibangunkan oleh KEJORA seperti SAGA, SPPII dan HRMiS.
- Menyenggara dan memberi khidmat nasihat kepada sistem aplikasi di KEJORA.
- Menyelaras dan melaksanakan latihan untuk pengguna sistem.
Unit Operasi Teknikal, Rangkaian dan Pembangunan Aplikasi
- Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan ICT
- Bertanggungjawab menentukan keselamatan rangkaian, sistem dan peralatan ICT sentiasa di tahap terkawal.
- Mengurus dan mentadbir semua pangkalan data.
- Mengurus penyediaan kertas cadangan projek yang berkaitan pusat data.
- Menyelaras, mentadbir dan menyenggara server e-mel.
- Mengurus, menyelaras dan menyelia pentadbiran rangkaian komunikasi (LAN dan WAN).
- Operasi dan Bantuan Teknikal
- Memberikan bantuan teknikal dari segi perkakasan dan perisian – Helpdesk.
- Menyelaras penyenggaraan infrastruktur IT (perkakasan, perisian dan network) KEJORA.
- Menyelaras dan mengurus perolehan dan pelupusan perkakasan dan perisian ICT KEJORA.
- Menyelaras latihan/kursus/seminar ICT dalaman dan luaran untuk anggota KEJORA.
- Merancang dan melaksanakan persembahan multimedia dan audio visual.
- Melaksanakan aktiviti back-up sistem dan data secara berjadual.
- Pembangunan Sistem
- Merancang pembangunan sistem di KEJORA.
- Membangun dan menguruskan sistem semasa.
- Memastikan sistem semasa digunapakai oleh anggota KEJORA.
- Melaksanakan latihan penggunaan sistem.
- Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat(ISMS)
- Merancang dan melaksana dasar keselamatan ICT KEJORA dan ISMS ISO/IEC 27001:2013.
- Memantau pelaksanaan ISMS di KEJORA.
- Melaksana dan menyelaras audit dalaman dan Audit SIRIM.
- Mengemaskini prosedur yang berkaitan dengan skop ISMS.
- Menyemak keperluan ISMS dari masa ke semasa.
- Menyelaras Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) ISMS.