Carta Fungsi KEJORA

CARTA FUNGSI KEJORA (PENGURUS BESAR)

  • Menyediakan draf perjanjian sama ada sewaan, pajakan, pinjaman
    dan sebagainya, mengarahkan panel peguam menyediakan draf
    perjanjian, menyemak draf perjanjian dan menyediakan draf akhir
    berdasarkan pandangan dan ulasan bahagian
  • Mengurus dan menyempurnakan borang pindahmilik, gadaian,
    pelepasan gadaian, pajakan serta lain-lain borang berkaitan dengan
    tanah.
  • Meneliti dan menyemak sesuatu kes tuntutan, kes KEJORA disaman
    dan memberi arahan kepada panel peguam untuk memulakan
    tindakan undang-undang atau pembelaan serta memantau perjalanan
    kes yang melibatkan KEJORA terutamanya sebagai Defendan
  • Menyelaras Takwim Tahunan KEJORA setiap tahun,
  • Menguruskan majlis-majlis rasmi KEJORA seperti pengacaraan, publisiti, jemputan dan protokol,
  • Urusetia Hari KEJORA Bersama Pelanggan, Menghadiri Program Pengurus Besar bersama Kumpulan Sasar
  • Mengendali media sosial KEJORA (Facebook dan Instagram),
  • Pengurusan Media Cetak dan Media Elektronik,
  • Mengemaskini pembekalan maklumat,
  • Menyelaras pengendalian papan kenyataan,
  • Menyelaras bekalan cenderamata jabatan

CAWANGAN PENGUKUHAN INTEGRITI, PENGURUSAN ADUAN,
TADBIR URUS DAN PEMATUHAN

  • PENGUKUHAN INTEGRITI
    Menyelaras 10 Program Corporate Integrity Pledge (10 inisiatif), menyelaras serta melaksanakan program-program pembudayaan dan penginstitusian Integriti dan memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan kesedaran (awareness) dan pendidikan.
  • PENGURUSAN RISIKO RASUAH
    Menyedia, menyelaras dan memantau Pelan Pengurusan Risiko  Rasuah
  • PENGURUSAN ADUAN
    Menyelaras hal ehwal aduan awam yang diperoleh dari pelbagai sumber
  • TADBIR URUS
    Urusetia Mesyuarat JITU serta menyelaras pengukuhan tadbir urus dan menyalurkan dapatan hasil pengesanan dan pengesanan pelanggaran integriti yang melibatkan isu dasar serta sistem dan prosedur kepada pasukan JITU untuk tindakan selanjutnya oleh pasukan berkenaan.
  • PEMATUHAN
    Hal-hal Pentadbiran, Fail Meja, Prosedur dan Tatacara dan
    menyelaras Sesi Khidmat Nasihat dan Rundingan SPRM
  • CAWANGAN PENGESANAN, PENGESAHAN DAN TATATERTIBPENGESANAN DAN PENGESAHAN
    Mengenalpasti / Mengesan melalui sumber-sumber dalaman dan luaran dan menyiasat kes-kes salah laku dan pelanggaran etika organisasi.
    Mengenalpasti dan menyiasat aduan berhubung salah laku, penyelewengan ,salah guna kuasa dan rasuah
  • TATATERTIB
    Memastikan kes-kes tatatertib semasa dan tertunggak diselesaikan segera terutamanya yang memerlukan keputusan panel tatatertib.
    Menjadi urusetia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj      untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib sehingga kes selesai.
    Melaksanakan kajian analisa ke atas data-data kes tatatertib untuk mengenalpasti isu, trends, sektor, bagi cadangan penambahbaikan pengistitusian integriti di agensi.
  • Rancangan Tahunan Unit Audit Dalam
    Merancang & mengenal pasti aktiviti pengauditan
    Kelulusan Jawatankuasa Audit KEJORA
    Maklum kepada Pengurus Besar, pihak pengurusan dan auditi
  • Proses Pengauditan
  • Pengauditan Prestasi
    Penyediaan Memorandum Rancangan Audit (MRA)
    Melaksanakan pra dan exit conference
    Melaksanakan pemeriksaan audit
    Melaksanakan pra dan exit conference
    Penyediaan draf laporan audit
  • Pengauditan kewangan & pematuhan/ pengauditan khas ,susulan & penampilan audit
    Penyediaan senarai semak
    Melaksanakan pra dan entrance conference
    Melaksanakan pemeriksaan audit
    Melaksanakan pra dan exit conference
    Penyediaan draf laporan audit
  • Mesyuarat Jawatankuasa Audit KEJORA
    Tindakan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat
  • Laporan Tahunan Audit
    Proses penyediaan
    Laporan audit dikeluarkan
    Percetakan
    Pengedaran

SEKTOR TADBIR URUS KORPORAT/KHIDMAT PENGURUSAN PELABURAN

  • Penyediaan dan pematuhan dasar / polisi pelaburan KEJORA.
  • Meneliti dan menilai cadangan pelaburan dalam bentuk hartanah dan kewangan bagi projek-projek komersial dan usahasama terutama dari aspek Pulangan Pelaburan / Return On Investment (ROI) kepada KEJORA.
  • Menyelaras dan memantau aktiviti dan prestasi anak syarikat dan subsidairi termasuk prestasi projek / kewangan, penyaluran dana dan pusat rujukan bagi hal-hal pelaburan anak syarikat.
  • Memantau dan memastikan aliran tunai bagi Pulangan Pelaburan / ROI bagi projek-projek komersial / usahasama KEJORA mengikut perancangan / perjanjian yang ditetapkan.
  • Mengkaji cadangan pelaburan KEJORA termasuk kajian kebolehterusan / ke arah hala tuju membiyai diri, kajian feasibility dan kajian-kajian perunding / jurunilai lain yang berkaitan.
  • Menjadi Urusetia Jawatankuasa Pelaburan KEJORA (JPK) dan Jawatankuasa Teknikal Pelaburan KEJORA (JTPK). Mewujud, memantau dan menyelaras hal-hal berkaitan Tadbir Urus Korporat.

SEKTOR PEMBANGUNAN HARTANAH DAN KOMERSIAL

  • Menyelaras urusan perlantikan jurunilai hartanah dan swasta untuk
    tujuan perolehan / pelupusan aset pelaburan, pelaburan jangka masa
    pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
  • Menyelaras permohonan cadangan projek-projek usahasama KEJORA (Perumahan / Pertanian / Pelancongan) yang berdaya maju.
  • Menyelaras dan menilai semula pelaburan KEJORA dalam bidangbidang pelaburan komersial sedia ada dalam bidang yang bersesuaian (viability & sustainability).
  • Memantau perjanjian pelaburan usahasama / swasta KEJORA selaras dengan pulangan pelaburan yang telah ditetapkan dalam perjanjian / persetujuan.

SEKTOR PENGURUSAN TABUNG-TABUNG DAN EKUITI

  • Menyelaras urusan pelantikan perunding/pengurus dana bagi pelaburan ekuiti, bon dan pasaran wang.
  • Merancang dan menilai cadangan pegangan ekuiti anak syarikat dan syarikat bersekutu KEJORA.
  • Mengurus tabung-tabung yang diwujudkan bagi tujuan pelaburan.
  • Mengurus Kumpulan Wang Amanah Pelaburan KEJORA / ‘Trust deed’ KEJORA / unit amanah (ekuiti, bon, stok, SUKUK, pasaran wang).
  • Menguruskan tabung pelaburan yang mana pulanganya untuk membiayai program CSR KEJORA.

CARTA FUNGSI KEJORA TIMBALAN PENGURUS BESAR (PENGURUSAN)

  • UNIT PENTADBIRAN AM DAN PENGURUSAN ASET
    Melaksanakan sistem kawalan keselamatan pejabat
    Menguruskan Pengurusan Aset KEJORA (Aset Pejabat)
    Penjagaan dan penyelenggaraan kenderaan pejabat
    Menguruskan urusan perjalanan semua anggota
    Menguruskan tabung pinjaman komputer, kenderaan dan kecemasan anggota,
    Penjagaan dan kawal selamat stor,
    Urusetia kepada mesyuarat-mesyuarat pentadbiran dan urusan perlantikan Lembaga Pengarah KEJORA.
  • UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
    Menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan, Pelaksanaan dan Pengurusan HRMIS
    Menguruskan hal-hal berkaitan pembangunan organisasi
    Menguruskan hal-hal berkaitan perjawatan, Urusan ganjaran pengiktirafan dan persaraan/pencen
    Kerja-kerja keurusetiaan Mesyuarat-Mesyuarat berkaitan Pengurusan Sumber Manusia
    Menguruskan hal-hal berkaitan rawatan kesihatan anggota.
  • UNIT KUALITI, LATIHAN DAN KOMPETENSI
    Bertindak sebagai Urusetia bagi mengurus, memantau, mengawal, menyelenggara dokumen Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015,
    Mengurus, menyelenggara dan keurusetiaan EKSA,
    Mengurus keurusetiaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK),
    Memantau penyelenggaraan Dokumen Terperingkat KEJORA, Merancang, mengurus dan memantau sistem pengurusan rekod di Bilik Fail Berpusat KEJORA,
    Menyelaras dan memantau perkembangan kehadiran program latihan dalam dan luar anggota dan permohonan pelajar praktikal,
    Kerja-kerja keurusetiaan berkaitan program bertujuan bertujuan Pengesahan Dalam Jawatan iaitu Program Orientasi Anggota Baru dan Peperiksaan Perkhidmatan,
    Mengurus serta menyelaras Program Permentoran, Menguruskan permohonan latihan luar sama ada dalam dan luar negara.

Perakaunan

  • Menyelenggara dan mengemaskini buku-buku akaun Lembaga.
  • Menyemak, meluluskan dan membuat semua bayaran-bayaran Lembaga.
  • Menjadi pusat kutipan wang Lembaga.
  • Menyediakan laporan-laporan kewangan Lembaga.
  • Menjadi urusetia/menguruskan/menyediakan kerja-kerja audit oleh juruaudit diluar. Menyediakan penyata kewangan tahunan Lembaga.
  • Menyediakan anggaran cukai pendapatan Lembaga.
  • Menjadi urusetia kepada jawatankuasa tunggakan Lembaga.
  • Menjadi urusetia kepada jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).

Belanjawan

  • Menyediakan anggaran belanjawan mengurus tahunan Lembaga.
  • Menyediakan anggaran belanjawan pembangunan Lembaga.
  • Mengemukakan permohonan belanjawan tambahan dari sumber kerajaan
  • Persekutuan atau dari sumber dalaman (wang rizab).
  • Mengawal perbelanjaan Lembaga sebagaimana belanjawan yang telah diluluskan.
  • Mengurus pindah peruntukan (virement)
  • Menyediakan anggaran belanjawan menggunakan wang rizab.
  • Mengemukakan permohonan peruntukan tahun semasa mengikut suku tahun kepada kementerian.
  • Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Belanjawan Lembaga.
  • Menyediakan laporan-laporan berkaitan belanjawan Lembaga untuk dikemukakan kepada kementerian atau pada pengurusan.

Perolehan

  • Urusetia Perolehan KEJORA bagi menguruskan Proses Perolehan.
  • Menentukan dan memastikan kategori perolehan yang terlibat samada ianya pembelian terus (bagi nilai kurang RM5,000.00), arahan kerja (bagi nilai RM5,001.00 – RM19,999.95), sebutharga (bagi nilai melebihi RM20,000.00 hingga RM500,000.00) dan tender (bagi nilai melebihi RM500,000.00).
  • Menyusun jadual bagi proses sebutharga iaitu meliputi jadual taklimat kerja, tarikh tutup iklan, proses pembukaan peti sebutharga dan seterusnya penyediaan Mesyuarat Sebutharga KEJORA.
  • Menyediakan Surat Tawaran (LOA) atau Pesanan Tempatan (LO) dengan lengkap dan siap ditandatangani.
  • Pematuhan ke atas pelaksanaan MS ISO 9000:2008 bagi prosedur KEJ/S/009
  • Perolehan dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.
  • Pematuhan ke atas Pelaksanaan ISMS ISO/IEC 27001:2013 “Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi Sistem Electronic Procurement Ready Online epro” Lembaga Kemajuan Johor Tenggara.
  • Mendapatkan tarikh Mesyuarat dan menjadi urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Perunding,
  • Urusetia Pihak Berkuasa Melantik dan Perlantikan Perunding supaya perolehan tender dapat dilaksanakan mengikut jadual.

UNIT PENYELARASAN DAN KOLABORASI

  • Urusetia mesyuarat Jawatankuasa Induk Kolaborasi KEJORA,
  • Menyelaras perancangan mesyuarat bagi 9 Jawatankuasa Kecil Kolaborasi KEJORA,
  • Menyelaras KPI KEJORA dan Pengemaskinian Sistem My-Prestasi KEJORA.

UNIT PEMANTAUAN PROJEK

  • Menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan KEJORA termasuk penyediaan sasaran Pelaksanaan program / projek tahunan,
  • Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan dan Pemantauan projek pembangunan KEJORA secara berkala,
  • Menyelaras dan memantau pengemaskinian maklumat prestasi perbelanjaan dan fizikal projek-projek pembangunan dalam SPP II,
  • Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan dan fizikal untuk Jawatankuasa JKTNg, Jawatankuasa Kerja Tindakan Kota Tinggi (JKTD), Jawatankuasa Kerja Tindakan Kluang, Jawatankuasa JTPK KPLB, Jawatankuasa Bertindak Transformasi Fizikal,
  • Menyediakan maklumbalas mesyuarat bagi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri Johor – JKTNg (Pejabat Pembangunan Negeri Johor), Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan – JTPK (KPLB), Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Transformasi Fizikal, Mesyuarat Lembaga Pengarah KEJORA, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Kota Tinggi (Pejabat Daerah Kota Tinggi), Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Kluang (Pejabat Daerah Kluang), Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Kulaijaya (Pejabat Daerah Kulaijaya),
  • Menyelaras permohonan projek-projek semasa daripada pelbagai sumber (ADUN,bahagian, Parlimen dan permohonan kampung),
  • Menyelaras ISO bahagian melalui Pemantauan Prestasi Projek Pembangunan KEJORA (KEJ/S/011)\

UNIT PENYELARASAN, PEMANTAUAN PROJEK DAN PENILAIAN

  • Merancang dan menggubal dasar-dasar, strategi dan pendekatan pembangunan dikawasan Johor Tenggara setelah mendapat kelulusan pengurusan,
  • Mengkaji dasar dan polisi-polisi sediada bagi tujuan menggubal dasar-dasar baru, strategi dan pendekatan dalam pelaksanaan program-program pembangunan KEJORA,
  • Merancang, menyedia dan menjalankan kajian semula Pelan Perancangan Strategik KEJORA,
  • Menyediakan serta menyelaras kertas kerja untuk pembentangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Dasar,
  • Menyediakan nota-nota taklimat bagi kegunaan dan rujukan pihak yang berkepentingan,
  • Merancang dan melaksanakan pendokumentasian maklumat-maklumat, bahanbahan bercetak, gambar serta slide yang mempunyai sejarah kepada organisasi,
  • Mendokumentasikan Laporan Penilaian Outcome dan Impak sebagai bahan rujukan dan ilmiah Jabatan,
  • Mengemaskini Laporan Penilaian Outcome dan Impak KEJORA dalam Sistem Pemantauan Projek II (SPP II),
  • Melaksanakan, menyelaras dan menyelia kajian penilaian outcome dan impak projek/ program pembangunan KEJORA,
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan maklumbalas Mesyuarat jawatankuasa dasar, Mesyuarat pengurusan & Pasca Kabinet = KPLB, Mesyuarat MEXCLUB (Mesyuarat Bersama Exco Luar Bandar), Mesyuarat Ketua Eksekutif Badan Berkanun, Maklumbalas Dewan Rakyat, Maklumbalas Keputusan Jemaah Menteri – menyelaras penyediaan jawapan KEJORA bagi pertanyaan mulut dan lisan, KPI Menteri KPLB, Mesyuarat Jawatankuasa Kos Sara Hidup KPLB,
  • Menyelaras memorandum / nota jemaah menteri peringkat KEJORA, Menyelaras taklimat hala tuju KEJORA dan pencapaian sasaran kepada kerajaan negeri, KPLB dan jabatan-jabatan berkaitan,
  • Penyelaras Mesyuarat Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB),
  • Merangka dan menyelaras program / mesyuarat kolaborasi bersama pihak luar jabatan.

UNIT PENGURUSAN TANAH

  • Penyediaan kertas kerja permohonan tanah bagi kelulusan Lembaga Pengarah KEJORA bagi pembangunan perumahan, kawasan perindustrian, pertanian ,pelancongan, kemudahan awam dan pembangunan kawasan oleh agensi kerajaan.
  • Penyediaan kertas kerja permohonan dan perakuan tanah kepada Pengarah Tanah dan Galian (PTG) bagi kelulusan Kerajaan Negeri.
  • Menyimpan daftar hakmilik tanah bagi urusan pindahmilik tanah/lot, pajakan tanah, gadaian tanah/lot, sewaan/TOL , tanah rizab SUK dibawah penyelenggaraan KEJORA (Sek.62 KTN)
  • Penguatkuasaan sekatan-sekatan kepentingan, syarat-syarat hakmilik sebagaimana yang dikehendaki oleh Kanun Tanah Negara
  • Penyediaan kerja-kerja ukur parameter dan menanam batu sempadan.
  • Penyelarasan permohonan tanah, pajakan penyewaan bagi tanah-tanah KEJORA
  • Penyediaan laporan pembangunan tanah, penyewaan Kawasan dan penyediaan inventori tanah-tanah milik KEJORA

UNIT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN

  • Pengurusan pentadbiran dan penjualan rumah di bawah projek penswastaan perumahan di Bandar-Bandar Baru KEJORA dan kampung Tersusun KEJORA.
  • Penyediaan perjanjian jualbeli rumah dan rumah kedai yang meliputi pindahmilik, gadaian dan pelepasan gadaian.
  • Menyelaras kutipan sumber hasil sewaan bangunan/ aset KEJORA
  • Menyelaras pembayaran cukai harta KEJORA

UNIT PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN PERUMAHAN

  • Kutipan bayaran dan penguatkuasaan tunggakan rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah, rumah pangsa KEJORA dan kedai dibina oleh KEJORA di BandarBandar Baru dan Kampung Tersusun KEJORA.
  • Kutipan tunggakan cukai harta dan kertas kerja berkaitan perumahan
  • Menyelaras penyelenggaraan dan baikpulih bangunan/ aset KEJORA
  • Menyelaras aduan awam

CARTA FUNGSI KEJORA TIMBALAN PENGURUS BESAR ( PEMBANGUNAN)

UNIT PERANCANGAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
SEKSYEN KAJIAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

  • Mengenalpasti kawasan berpotensi yang boleh dibangunkan, menjalan kajian dan penyediaan pelan pembangunan fizikal kampung, luar bandar dan wilayah,
  • Menyediakan pelan cadangan pembangunan di dalam Wilayah KEJORA .
  • Mengumpul data berkaitan demografi, keperluan kemudahan awam, keperluan infrastruktur dan utiliti serta gunatanah semasa (landuse and zoning) bagi tujuan perancangan pembangunan.
  • Mengurus, menyelaras dan memantau Kemudahan Awam dan Sosial (KAS).

SEKSYEN PENSWASTAAN

  • Memastikan Mesyuarat Management Consultative Committee (MCC) bagi setiap projek pembangunan penswastaan dilaksanakan dalam tahun yang berkenaan.
  • Membuat susulan terhadap bahagian yang berkenaan agar perkara yang perlu diambil tindakan telah mula dilaksanakan.
  • Meneliti perjanjian dan memantau pelaksanaan projek penswastaan dan kepentingan KEJORA daripada projek usahasama tersebut.
  • Mengawalselia projek pembangunan penswastaan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan.

SEKSYEN PERANCANGAN PERUMAHAN LUAR BANDAR

  • Mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk cadangan pembangunan perumahan tersusun dan juga Program Bina Rumah (PBR) di dalam wilayah KEJORA
  • Melaksanakan kajian dan penyediaan pelan perancangan pembangunan perumahan tersusun merangkumi skop siasatan tapak, kajiselidik, merekabentuk konsep dan susunatur cadangan perumahan tersusun dan  penyiapan laporan cadangan pembangunan termasuk anggaran kos pembangunan.

UNIT PENYELARASAN DAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN PROJEK

  • Menyelaras dan melaksanakan projek-projek pembangunan KEJORA yang berbentuk fizikal. Skop adalah merangkumi penyelarasan, siasatan tapak, penyediaan pelan rekabentuk, penentuan anggaran kos, penyediaan dokumen sebutharga, tender , perlantikan perunding (projek tender) dan
  • memproses pembayaran kontraktor dan perunding.
  • Menyelaras mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan bersama-sama jabatan teknikal dan pihak berkepentingan yang terlibat
  • Penyeliaan dan pemantauan projek-projek pembangunan KEJORA
  • Merekod dan memantau kemajuan projek dari aspek fizikal dan kewangan

PENTADBIRAN AM

  • Mengurus tadbir hal-hal pentadbiran unit
  • Pengurusan pemantauan aset tak alih jabatan dilaksanakan dengan berkesan (aset fizikal) ;
  • Merangka bajet dan perbelanjaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan asetaset tak alih jabatan;
  • Menguruskan kawalan dan pelaporan projek-projek penyelenggaraan;
  • Menyelia perkhidmatan kemudahan awam seperti tandas awam dan bilik bilas di pantai awam Tg Balau;
  • Menyelaras pemandu dan kenderaan logistik dibawah seliaan LOGISTIK
  • Melaksanakan perkhidmatan penyediaan kemudahan dan peralatan logistik sebagaimana permohonan yang diluluskan;
  • Melaksanakan kemasan dan pembersihan selepas tamat program atau majlis;
  • Menguruskan penyelenggaraan kemudahan kelengkapan dan peralatan dibawah kawalan;
  • Bertanggungjawab mengurus, mengawal dan menyimpan kemudahan dan peralatan logistik sebagaimana peraturan;
  • Merangka keperluan kemudahan dan peralatan yang sesuai bagi menyediakan perkhidmatan sesuatu program atau majlis rasmi dan tidak rasmi;
  • Memberi keperluan khidmat sokongan serta bantuan kemahiran pertukangan dan logistik. OPERASI
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan kebersihan kawasan mengikut zon yang dikenal pasti;
  • Merancang dan menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan kawasan secara kontrak sebutharga;
  • Merancang dan melaksana kerja-kerja secara ‘task force’ di luar zon yang ditetapkan mengikut arahan keperluan;
  • Menyelaras dan berkolaborasi bersama pihak berkaitan dalam program seperti gotong royong dan CSR;
  • Menyelaras operasi kawalan keselamatan pantai Tg Balau dapat dilaksanakan mengikut operasi standard (SOP);
  • Merancang dan melaksana program/projek lanskap di wilayah KEJORA;
  • Merancang penyediaan rekabentuk hingga perolehan kerja dan pemantauan projek;
  • Mengurus penyelenggaraan lanskap di semua premis milik jabatan;
  • Menyelaras penyeliaan semua nurseri di bawah kawalan;
  • Mengurus dan merekod aset hidup jabatan;
  • Menyelaras persiapan pokok hiasan dan lanskap bagi tujuan pelaksanaan majlis dan acara tertentu.

KEJURUTERAAN

  • Merancang dan menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan fizikal dan elektrikal bagi aset tak alih dan aset alih jabatan;
  • Merancang dan menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan secara kontrak sebutharga bernilai RM 500,000 dan ke bawah (perkhidmatan, bekalan dan sivil);
  • Merancang tindakan pemantauan dan pemeriksaan bagi tujuan penyelenggaraan aset tak alih jabatan termasuk sistem elektrikal dan keselamatan;
  • Memberi syor dan khidmat nasihat kepada Bahagian/Unit di KEJORA berkaitan skop penyelenggaraan aset tak alih di bawah kawalan
  • Mengurus perolehan kerja-kerja penyelenggaraan yang diluluskan;
  • Menyelaras pemantauan pelaksanaan dan prestasi kerja projek-projek penyelenggaraan;
  • Mengurus keperluan khidmat sokongan serta bantuan peralatan elektrikal dan sistem audio;
  • Menyelia kontraktor panel yang dilantik bagi kerja-kerja penyelenggraan.

UNIT PEMBANGUNAN SOSIAL & INSTITUSI

  • Merancang dan melaksanakan Program Kepimpinan Organisasi MPKK
  • Menyelia, mengatur dan memantau tugas Penggerak, Mengemaskini sistem SPKPN
  • Merancang, melaksana dan memantau Pelaksanaan Program Modal Insan

UNIT PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN

  • Menyelaras Program Pembangunan Pendidikan, Menyelaras Program Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Menyelaras Program Pembangunan Pendidkan Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Pendidikan Khas,
  • Menyelaras Program Perkongsian Ilmu Wilayah KEJORA
  • Menyelaras Program Peningkatan Kecemerlangan Pendidikan dan Sahsiah Pelajar Sekoah dan Institusi Agama Islam, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
  • Menyelaras Program kolaborasi Pembangunan Modal Insan & Penyelidikan KEJORA/ iCARE UTM dan Program Kerjasama Pembangunan Wilayah, Pembangunan Modal Insan, Penyelidikan dan Pembangunan UTHM

UNIT KESEJAHTERAAN RAKYAT

  • Mengurus, menyelaras dan memantau Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Mengurus, menyelaras dan memantau Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
  • Melaksana dan memantau hal-hal pentadbiran

PEMBANGUNAN PROJEK PELANCONGAN 

  • Mengenalpasti, mengkaji dan merancang pembangunan pelancongan di wilayah KEJORA.
  • Memantap dan menambahnilai projek pembangunan produk-produk pelancongan yang sedia ada.
  • Merancang untuk mendapatkan peruntukan bagi pembangunan Pelancongan.
  • Menyelaras dan memantau projek-projek pelancongan milik KEJORA.
  • Menyelaras , mengenalpasti dan mengkaji produk-produk baru.
  • Perancangan dan pelaksanaan kajian produk Pelancongan.

PELANCONGAN DESA

  • Merancang, melaksana dan menyelaras kursus-kursus berkaitan sektor pelancongan.
  • Memantau keberkesanan perlaksanaan projek pelancongan desa melalui projek-projek ekonomi.Merancang dan melaksanakan program pembangunan homestay melalui penyediaan latihan dan pembangunan infrastruktur.

PEMASARAN DAN PROMOSI

  • Merancang,melaksana dan menyelaras program promosi dan pemasaran produk-produk Pelancongan sekitar Wilayah KEJORA di peringkat domestik dan antarabangsa: Promosi Produk Pelancongan Melalui Bahan Promosi; dan Promosi Produk Pelancongan Melalui Program Promosi Pelancongan.
  • Penyertaan Expo dan Pameran Pelancongan.
  • Mengenalpasti, merancang, menambahnilai dan memperkasa produk-produk pelancongan baru.
  • Mewujudkan rangkaian kerjasama dan networking dengan persatuan pelancongan,pengusaha-pengusaha sektor pelancongan,badan Kerajaan dan bukan Kerajaan berkaitan pelancongan.
  • Mempromosi Pakej Pelancongan Desa dan Homestay serta pakej produk Pelancongan yang dibangunkan.

KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

  • Mengenalpasti keperluan kebudayaan dan kesenian, merancang dan menyelaras kursus dan merancang dan mengatur program kebudayaan dan kesenian kumpulan kebudayaan KEJORA
    UNIT MUZIUM                                                                                                                                                                                                
  • Mengumpul, memelihara dan mempamerkan segala bahan dan maklumat berkaitan dengan nelayan dan industri perikanan, memberi pengetahuan tentang peralatan tradisional yang terdapat di Muzium Nelayan dan sebagai pusat informasi bagi memberikan maklumat yang berkaitan

SEKSYEN KEJURUTERAAN (C&S)

  • Melaksana projek-projek pembangunan yang berbentuk fizikal, menyelaras, memantau, menyelia dan mentadbir pengurusan kerja kerja sebutharga dan kontrak-kontrak pelaksanaan projek pembangunan yang berkaitan dengan jalan, utiliti dan bangunan serta khidmat nasihat berkaitan aspek teknikal dan kejuruteraan awam dan struktur.

SEKSYEN KEJURUTERAAN (M&E)

  • Pelaksanaan pembaikan dan menaiktaraf semua sistem bekalan dan kelengkapan elektrik, mengadakan lawatan dan pemeriksaan tapak bagi kemajuan projek serta khidmat nasihat berkaitan aspek elektrikal.

SEKSYEN UKUR BAHAN

  • Memberi perkhidmatan dalam kerja-kerja pakar ukur bahan di peringkat pra dan pasca kontrak, memberikan khidmat nasihat dan runding cara kos pembinaan, menjalankan pembangunan dan penyelidikan berkaitan dasar mengenai tender dan kontrak kerajaan dan khidmat keurusetiaan tender, kontrak dan pelantikan perunding ikhtisas.

SEKSYEN SENIBINA

  • Menyedia dan menafsir lukisan projek pembangunan dan pelan rekabentuk didalam penyediaan projek pembangunan di KEJORA, merancang serta menyediakan khidmat teknikal dan membantu mengawas aktiviti pembinaan di tapak supaya menepati spesifikasi yang ditetapkn