Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ)
PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN (PPKJ)
- Puan Nurul Aishah binti Mohamadon
Pengurus Kanan (Pengurusan Pemegang Taruh Dan Projek Khas) - Encik Mohd Hanafi Bin Jantan
Pengurus Perancangan Strategik - Cik Haslinda Binti Abu Bakar
Pengurus Hartanah - Tuan Haji Wan Mohd Ashril Aizal Bin Wan Abdullah
Pengurus Kewangan - Encik Sh Khayulzahri Bin Sh A.Raof
Ketua Unit Eknomi dan Usahawan - Puan Suraya Hani Binti Sharan
Pengurus Pelancongan - Encik Mohd Ashek Bin Mohd Hassan
Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia - Cik Siti Fazueri Binti Radzali
Pengurus Pertanian dan Industri Asas Tani - Encik Mohd Fakharur Razziy Bin Hazran
Pengurus Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa - Encik Yusrihan Bin Jusak
Pengurus Perancang Bandar dan Pembangunan Projek - Encik Noorazmi Bin Sahar
Ketua Unit Pengurusan Fasiliti - Encik Adam Malek Bin Tugimin
Ketua Unit Perundangan - Encik Mohamad Rizal Bin Mohd Hidzir
Ketua Unit Audit Dalam - Encik Mus-Irwan Bin Hj. Misroom
Ketua Unit Integriti - Encik Mohamad Azrul Bin Shari
Ketua Unit Komunikasi Korporat - Tuan Haji Abidullah Bin S. Ali
Ketua Unit Pelaburan - Datin Siti Azni binti Zakaria
Pegawai Teknologi Maklumat
PERANAN PEGAWAI KESELAMATAN JABATAN (PKJ) LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)
i. Bertanggungjawab ke atas semua aspek keselamatan dokumen dan maklumat rasmi Jabatan, bangunan dan harta benda Kerajaan daripada sebarang ancaman, kecurian, kebakaran dan sebagainya dengan mengambil kira langkah-langkah melindungi selaras dengan peraturanperaturan yang ditetapkan oleh Kerajaan;
ii. Mengemukakan perakuan-perakuan kepada Ketua jabatan akan cadangan-cadangan untuk meningkatkan Keselamatan Perlindungan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian;
iii. Menubuhkan jawatankuasa keselamatan di Jabatan/Agensi Kerajaan yang dipengerusikan oleh Pegawai Keselamatan Jabatan berperanan untuk menyelaraskan pelaksanaan kawalan Keselamatan Perlindungan serta menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dalam melaksanakan kawalan Keselamatan Perlindungan di Jabatan Kerajaan;
iv. Mewakili Jabatan/Agensi Kerajaan dalam menghadiri mesyuarat mengenai keselamatan dari semasa ke semasa dan jika diperlukan hendaklah membentangkan laporan keselamatan Jabatan serta isu-isu yang tidak dapat diselesaikan di peringkat Jabatan;
v. Menubuhkan jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan yang akan bermesyuarat dengan serta merta jika berlaku sebarang kejadian kecemasan yang melibatkan keselamatan dokumen dan kebocoran maklumat serta harta benda Kerajaan termasuk ancaman keselamatan, pencerobohan, kebakaran, kecurian dan sebagainya. Selanjutnya menyediakan laporan hasil mesyuarat jawatankuasa berkenaan untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa berkenaan.
vi. Mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa ke atas bangunan, sistem pendawaian elektrik, bilik komputer, bilik dokumen dan peralatan, kawasan pejabat dan semua perkara di bawah tanggungjawabnya bagi mempastikan ia dalam keadaan yang selamat dan tidak terdedah kepada ancaman dan risiko.
vii. Menganjurkan kursus dan taklimat kesedaran Keselamatan Perlindungan dengan kerjasama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri bagi mempastikan setiap anggota di Jabatan memahami langkah-langkah serta peraturan- peraturan Keselamatan Perlindungan.
viii. Berkerjasama rapat dengan Pegawai Keselamatan Kerajaan untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai langkah-langkah meningkatkan sistem dan kawalan Keselamatan Perlindungan di Jabatan.
ix. Melaksanakan tugas-tugas lain yang ditetapkan dalam peraturan- peraturan keselamatan Kerajaan yang sedang berkuatkuasa dan yang dipinda dari semasa ke semasa.