Kursus Penulisan Buku Mewah

Sempena menyambut Semarak 50 Tahun KEJORA, pelbagai program dan aktiviti telah dan akan dilaksanakan agar penghayatan penubuhan KEJORA akan terus bersemarak menjelang Sambutan Jubli Emas pada tahun 2022 nanti. Salah satu usaha adalah KEJORA berhasrat untuk menerbitkan sebuah buku mewah (coffee table) yang akan menjadi salah satu lakaran sejarah KEJORA.
Kursus Penulisan Buku Mewah telah diadakan pada 8 April 2021, Khamis secara dalam talian dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur dan Wilayah Selatan. Kursus dibimbing oleh penceramah iaitu Puan Norhanifah Binti Mohamed, Perancang Bahasa, Bahagian Buku Umum, DBP Kuala Lumpur.
Kursus Penulisan Buku Mewah yang diadakan pada hari ini merupakan salah satu usaha permulaan bagi tujuan tersebut. Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan berkenaan cara penghasilan buku mewah (coffee table). Selain itu, diharapkan bengkel kali ini dapat memperkemas pengetahuan peserta bagi membantu menghasilkan buku tersebut.
Seramai 26 orang peserta yang mengikuti bengkel pada hari ini yang terdiri dari Jawatankuasa Sambutan Jubli Emas KEJORA yang melibatkan Bahagian/ Unit di KEJORA.