KORPORAT

Unit Ekonomi & Usahawan

Unit Ekonomi dan Usahawan merupakan unit yang menyelaras aktiviti yang meransangkan ekonomi penduduk wilayah KEJORA dalam sektor keusahawanan serta perindustrian. Tugas-tugas sedia ada merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Merancang strategi program dan aktiviti dalam mengembangkan ekonomi wilayah KEJORA dalam sektor pertanian, perindustrian, usahawan dan pelancongan;
  2. Mencari peluang dan ruang bagi menggalakkan lagi perkembangan ekonomi wilayah KEJORA;
  3. Menjalankan aktiviti promosi dan jaringan kerjasama untuk memperkenalkan sumber yang terdapat di dalam wilayah KEJORA;
  4. Mengenalpasti sumber yang terdapat di dalam wilayah KEJORA untuk dikomersilkan ke peringkat antarabangsa;
  5. Meningkatkan tahap ekonomi masyarakat di dalam wilayah KEJORA melalui program bimbingan perniagaan dan keusahawanan; dan
  6. Bertanggungjawab menjalankan usaha berterusan dalam melonjakkan ekonomi wilayah KEJORA ke arah berdaya saing yang lebih kompetitif;
  1. Melahirkan usahawan yang pro-aktif, dinamik, berdaya maju dan berdaya tahan;
  2. Melahirkan usahawan yang dapat mengeluarkan produk/barangan yang berkualiti dan berdaya saing untuk pasaran tempatan dan eksport;
  3. Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB);
  4. Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk tenaga kerja yang tinggal di kawasan Bandar Tenggara dan Bandar Penawar;
  5. Meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar dan sekitar melalui sektor perindustrian
  6. Meningkatkan pendapatan Kerajaan melalui aktiviti komersial swasta;
  7. Menggalakkan pembangunan industri perkhidmatan dan sokongan; dan
  8. Menggalakkan pertumbuhan pelaburan melalui pelaburan tempatan dan asing.
  1. Program Pembangunan Usahawanan dan Pengurusan Premis Perniagaan Milik KEJORA
    • Menguruskan sepenuhnya semua premis melibatkan gerai, bengkel, kilang IKS & Kilang Inkubator serta mengadakan kolaborasi strategik bersama agensi kerajaan yang lain;
    • Bertanggunjawab untuk menyelaraskan penyertaan usahawan di dalam ekspo atau pameran di dalam dan di luar negara, selain menganjurkan ekspo atau pameran keusahawanan;
    • Berperanan di dalam membangunkan pembungkusan dan pelabelan produk usahawan KEJORA;
    • Bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan, memantau pelaksanaan program latihan & bimbingan kepada usahawan seperti kursus, latihan, lawatan dan seminar;
    • Bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan Program Skim Bantuan Modal Niaga (SBMN);
    • Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) di bawah KPLB.
  2. Program Perindustrian
    • Merancang dan melaksanakan program perindustrian di wilayah KEJORA selaras dengan polisi-polisi Kerajaan Pusat/Kerajaan Negeri; dan melaksanakan program perindustrian di wilayah KEJORA selaras dengan polisi-polisi Kerajaan Pusat/Kerajaan Negeri;
    • Merancang dan menilai strategi bagi pembangunan sektor Perindustrian KEJORA mengikut keadaan semasa;
    • Bertanggungjawab dalam mengekalkan hubungan dengan para pelabur, serta menyelaras dan mengawasi prestasi syarikat-syarikat;
    • Bertanggungjawab dalam memproses permohonan lot-lot industri, permohonan penukaran jenis perusahaan, penukaran nama syarikat dan permohonan syarikat untuk mencagarkan lot industri kepada institusi kewangan;
    • Bertanggungjawab untuk mendapatkan, mengumpul dan menganalisa data-data dan maklumat perangkaan pembangunan perindustrian serta penyediaan Laporan Pembangunan Perindustrian KEJORA.