Bahagian Pertanian & Industri Asas Tani
LATAR BELAKANG
Bahagian Pertanian Dan Industri Asas Tani pada awalnya dikenali sebagai Bahagian Pertanian, Perindustrian dan Usahawan. Bahagian ini adalah ditukarkan namanya dengan nama Pertanian Dan Industri Asas Tani selepas penstrukturan semula Bahagian Pertanian, Perindustrian dan Usahawan berkuatkuasa pada 1 November 2011.
Selaras dengan penstrukturan semula Organisasi KEJORA, bahagian ini telah dinamakan Bahagian Pertanian Dan Industri Asas Tani bagi memberikan fokus pembangunan sektor Pertanian dan ternakan dalam wilayah KEJORA.
OBJEKTIF BAHAGIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Objektif Bahagian Pertanian Dan Industri Asas Tani adalah sepertimana berikut :
- Menjadikan kawasan KEJORA sebagai kawasan pengeluaran barangan pertanian untuk pasaran tempatan dan eksport dengan penumpuan kepada pengeluaran bahan makanan;
- Menggalakkan orang perseorangan dan syarikat-syarikat swasta melibatkan diri di dalam program pembangunan pertanian di wilayah KEJORA secara komersial;
- Meningkatkan projek pertanian komesial di Wilayah KEJORA.
FUNGSI BAHAGIAN
FUNGSI | AKTIVITI |
Pembangunan Pertanian | – Program Tanaman Campuran (pajakan)
– Program Tanaman Campuran (Sewaan)
|
Pembangunan Akuakultur | Program Pembangunan Tanah Akuakultur (Pajakan)Program Pembangunan Tanah Akuakultur (Sewaan) |
Pembangunan Industri dan Asas Tani | Sewaan Premis Perniagaan Hentian Penawar,Sewaan Premis Pusat Pengedalian Pengumpulan Hasil Tani
Sewaan Premis Kilang Herba |
Pembangunan Infrastruktur Pertanian | Penyediaan Jalan-Jalan Pertanian/AkuakulturPenyediaan Bekalan Elektrik
Penyediaan Bekalan Air Penyelenggaraan Perparitan dan Saliran |
Pembangunan Projek Ekonomi | Projek Pertanian, Penternakan dan Ternakair |
Pembangunan Latihan dan Kemahiran | Penganjuran Kursus, Latihan dan KemahiranPenyertaan Kursus Latihan dan Kemahiran |
Pembangunan Pertanian Berteknologi Tinggi | Projek Tanaman Fertigasi |