header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
MASJID AN-NUR, KAMPUNG TANJUNG BUAI SIAP DIBAIKPULIH UNTUK MANFAAT KARIAH
Inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama Lembaga Kemajuan Johor Selatan (KEJORA) terus diperkukuh dalam usaha memastikan masyarakat desa menerima akses kepada kemudahan awam yang berkualiti. Terbaharu, kerja-kerja membaik pulih Masjid An-Nur, Kampung Tanjung Buai telah berjaya disiapkan bagi memastikan kariah dapat beribadah dalam suasana yang lebih kondusif.
Kerja-kerja baik pulih ini melibatkan pembaikan bumbung, siling, pemasangan jubin, parkir kenderaan, pemasangan pagar jenis BRC dan mengecat semula bumbung (roof) yang bukan sahaja memperbaharui penampilan masjid, tetapi juga melindungi struktur daripada kerosakan cuaca.
Penyerahan siap projek ini kepada wakil ADUN Kawasan Johor Lama, Encik Zaini bin Hj Ismail telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA selaku wakil Pengurus Besar KEJORA. Dengan siapnya kerja-kerja baik pulih ini, Masjid An-Nur kini berada dalam keadaan yang lebih baik untuk menjadi pusat ibadah, pembelajaran dan penyatuan masyarakat Kampung Tanjung Buai.