MESYUARAT PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN BIL. 4 TAHUN 2022

Mesyuarat Pemantauan Projek Pembangunan KEJORA Bil. 4 Tahun 2022 telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat LBJT Bandar Tenggara. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dato’ Mohd Rusdi bin Mohd Darus, Pengurus Besar KEJORA dengan kehadiran Pengurusan Kanan serta Pengurus-Pengurus Bahagian dan Ketua-Ketua Unit.
Sehingga 31 Mei 2022, KEJORA telah membelanjakan sebanyak RM15.30juta dari jumlah keseluruhan peruntukan berjumlah RM37.60juta atau bersamaan 40.71%. Kos keseluruhan ini meliputi 19 projek yang dipecahkan kepada 56 sub-projek yang mana 33 projek fizikal serta 23 projek bukan fizikal.
Seterusnya, semua ahli mesyuarat telah melakukan pemantauan projek yang merangkumi:-
1. PEMBANGUNAN PERUMAHAN KAMPUNG TERSUSUN KAMPUNG PAYA
Pemantauan dilakukan bagi melihat sendiri projek Perumahan Kampung Tersusun Kg. Paya yang dibangunkan oleh KEJORA Land Development Sdn Bhd. Projek ini merangkumi pembangunan sebanyak 132 unit rumah termasuk 7 unit kedai mampu milik. Ketika ini, kontraktor penyelamat dalam proses menyiapkan projek ini dimana projek ini dijangka akan siap pada April 2023.
2. PROGRAM DESA LESTARI
Program Desa Lestari KPLB bagi tanaman halia & cili telah diusahakan oleh Koperasi Ladang Melayu Layang-Layang Kluang Berhad, Kampung SC Jaya Sepakat, Kluang Johor. Ketika ini, sebanyak 1000 pokok halia & 1000 pokok cili telah ditanam. KEJORA sebagai agensi pelaksana perlu memastikan projek ini berjaya serta mengikut kepada perancangan yang telah ditetapkan.