NOTIS PEMBERITAHUAN-INBOIS CUKAI
Kepada Para Kontraktor/Pembekal/Syarikat
(yang telah berdaftar GST sahaja):
Adalah dimaklumkan bahawa semua tuntutan ke atas bekalan/perkhidmatan/kerja menerusi Arahan Kerja atau Sebutharga atau Tender KEJORA yang telah dilaksanakan dan disempurnakan selepas 01 APRIL 2015 hendaklah dituntut menerusi Inbois Cukai (Tax Invoice).
Ianya adalah sebagaimana ketetapan yang dikeluarkan oleh pihak KASTAM bagi tujuan sokongan ke atas tuntutan Input Kredit Cukai. Keterangan lanjut ke atas Inbois Cukai (Tax Invoice) adalah sebagaimana LAMPIRAN A.
Kerjasama pihak tuan/puan untuk mengambil maklum perkara ini amatlah diharapkan.
Sekian, terima kasih.
Rujukan : Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PK 1/2013 Pindaan pada April 2015; Para (xiv) (l) m/s 39/44 – Pengeluaran Tax Invoice