Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)
NAMA : Tn. Hj. Matriffin bin Md Amin
JAWATAN : Pengurus Teknologi Maklumat
Peranan dan tanggungjawab ICTSO adalah seperti berikut:
- Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT KEJORA;
- Menguatkuasakan Dasar Keselamatan ICT KEJORA;
- Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT KEJORA kepada semua pengguna;
- Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT KEJORA;
- Menjalankan pengurusan risiko;
- Menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas pengurusan agensi berdasarkan hasil penemuan dan menyediakan laporan mengenainya;
- Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah – langkah perlindungan yang bersesuaian;
- Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan ICT (GCERT) MAMPU dan memaklumkannya kepada CIO dan CERT KKLW;
- Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera;
- Memperakui proses pengambilan tindakan tatatertib ke atas pengguna yang melanggar Dasar Keselamatan ICT KEJORA; dan
- Menyedia dan melaksanakan program kesedaran mengenai keselamatan ICT.