PEJABAT KESIHATAN DAERAH KOTA TINGGI MELAKSANAKAN PEMBERIAN VAKSIN SECARA PANDU LALU DI LAMAN DESARU

Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi melaksanakan pemberian vaksin secara Pandu Lalu di Laman Desaru dalam masa terdekat. Pemberian vaksin ini adalah alternatif untuk mengoptimumkan petugas bagi memaksimumkan penerima vaksin secara besar-besaran.
Pihak KEJORA diberi kepercayaan untuk menyelaras perjalanan pemberian vaksin dengan menggunakan sistem yang telah dibangunkan bagi melancarkan pemberian vaksin secara Pandu Lalu dapat dilaksanakan secara teratur dan menjimatkan masa.
Inisiatif pemberian vaksin yang dilaksanakan melalui kaedah pandu lalu ini boleh dijadikan Penanda Aras untuk digunapakai di setiap Pusat Pemberian Vaksin. Kerjasama pihak KEJORA membantu Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dalam menjayakan pemberian vaksin secara Pandu Lalu diharap dapat mempercepatkan lagi kadar pemberian Vaksin di daerah Kota Tinggi ini.