PELAWAAN PERMOHONAN SEWAAN KOMPLEKS HENTIAN PENAWAR SUNGAI CHEMARAN II, 81930 BANDAR PENAWAR, JOHOR.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN BAYARAN-BAYARAN BERKAITAN
Syarat-syarat permohonan adalah sebagaimana berikut :
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
- Syarikat atau koperasi atau individu bertaraf Bumiputera;
- Berpengalaman menjalankan operasi perniagaan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;
- Pemohon sedang menjalankan perniagaan.
PERMOHONAN
- Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan Sewaan Premis yang boleh diperolehi secara secara percuma melalui kaedah berikut:
- Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my,
atau;
- Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:
https://forms.gle/H9vy1kSkG49oW4Y97
- Pemohon adalah dinasihatkan agar membuat semakan dan lawatan ke atas premis yang berkenaan sebelum mengemukakan permohonan.
- Dokumen-dokumen yang PERLU disertakan bersama Borang Permohonan Sewaan Premis adalah sebagaimana berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ATAU Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
- Salinan Borang 9, Borang 24, Borang 44, Borang 49 DAN Salinan Sijil Saham (sekiranya berkaitan)
- Salinan Lesen Perniagaan (jika ada)
- Salinan Penyata Kewangan terkini ATAU Penyata Akaun Bank (3 bulan terakhir)
- Salinan sijil ATAU dokumen sokongan lain yang berkaitan (contoh Persijilan Halal, penyertaan kursus & lain-lain)
- Kertas cadangan perniagaan (Mandatori)
- Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada alamat berikut :
BAHAGIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI,
LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.
atau;
- emelkan ke alamat emel berikut : kejora@kejora.gov.my.
- Sekiranya pemohon gagal untuk mengemukakan dokumen-dokumen sepertimana di para 3.1 dan 3.3 diatas, maka permohonan tersebut adalah dianggap tidak lengkap dan TERBATAL serta tidak akan diproses.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 JUN 2023 (SELASA) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
- Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.
IKLAN SEMULA KOMPLEKS HENTIAN PENAWAR 2023 (FINAL) Borang Permohonan HENTIAN PENAWAR 2023(FINAL)