PELAWAAN PERMOHONAN SEWAAN PLOT KOSONG TANAH PERTANIAN MILIK KEJORA, KAWASAN PERTANIAN SG. MUPOR

PELAWAAN PERMOHONAN SEWAAN PLOT KOSONG TANAH PERTANIAN MILIK KEJORA
KAWASAN PERTANIAN SG. MUPOR, MUKIM ULU SUNGAI SEDILI BESAR, KOTA TINGGI, JOHOR

PERMOHONAN

  1.  Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma kaedah berikut:a. Memuat turun di laman web KEJORA : kejora.gov.my, atau;
    b. Secara atas          talian         melalui         google          drive iaitu: https://drive.google.com/drive/folders/1gnaORkVXlVysHbW2MbCZNesuf EtH5XjQ?usp=drive_link atau;
    c. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

    BAHAGIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI,
    LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
    BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
    JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
    81930 BANDAR PENAWAR, JOHOR.
  2. Setiap permohonan akan dikenakan bayaran pengurusan dan pemprosesan sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus sahaja) bagi tujuan penyediaan pelan, laporan CTOS & CCRIS dan lain-lain dokumen yang berkaitan;
  3. Bayaran tersebut hendaklah dijelaskan di Kaunter Kewangan Ibu Pejabat KEJORA Bandar Penawar dengan menggunakan Borang Bayaran Wang Pengurusan dan Pemprosesan;
  4. Pemohon perlu menyerahkan resit pembayaran kepada Bahagian Hartanah KEJORA untuk pemprosesan pelan kawasan untuk dilampirkan bersama borang permohonan;
  5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 SEPTEMBER 2023 (RABU), SEBELUM JAM 12.00 TENGAHARI. Permohonan yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses;
  6. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843155;
  7. Sekiranya tiada sebarang jawapan yang diterima dalam tempoh sembilan puluh (90) hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.
  8. Untuk Maklumat Lanjut berkenaan syarat, lokasi dan butiran lot adalah seperti yang dilampirkan di bawah.
  9. IKLAN PLOT KOSONG PERTANIAN TPMK (SUNGAI MUPOR) 2023