PELAWAAN PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI PERTANIAN (SPEP) BIL. 1/2023

MAKLUMAT AM
1.1 Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) merupakan program bantuan peralatan pertanian yang dianjurkan oleh
Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA.
1.2 Objektif pelaksanaan Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) adalah sepertimana berikut:
i. Membantu pengusaha pertanian yang berdaya maju untuk mengembangkan lagi projek pertanian.
ii. Membantu mengurangkan kos peralatan kepada pengusaha pertanian yang berpotensi untuk maju.
iii. Meningkatkan pendapatan peserta menerusi projek pertanian yang sedang diusahakan.

PERMOHONAN
2.1 Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:
    Individu : https://forms.gle/M1qSZ1rfCix9bcL26
                         Kelompok : https://forms.gle/5bCjK9Hsm6CE5fC7A
atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
                                                     BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
                                                     JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
                                                            81930 BANDAR PENAWAR,
                                                                               JOHOR.

2.2 Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.
2.3 Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 FEBRUARI 2023 (KHAMIS) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas
daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
2.3 Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan adalah dianggap                TIDAK BERJAYA.
2.4 Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di
talian 07-8843000 atau 07-8843156.
2.6 Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat permohonan adalah seperti lampiran berikut:

IKLAN SPEP – 2023 BORANG PERMOHONAN SPEP 2023 (INDIVIDU) BORANG PERMOHONAN SPEP 2023 (KELOMPOK)