PELAWAAN PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) TAHUN 2023

MAKLUMAT AM
1.1 Program Skim Tunas Agro (STAg) merupakan program baru yang dianjurkan oleh Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA
untuk memberi peluang kepada individu dalam wilayah KEJORA yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian bagi melaksanakan
projek pertanian secara berskala kecil.
1.2 Objektif pelaksanaan Skim Tunas Agro (STAg) ini adalah sepertimana berikut:
i.   Memberi peluang dan galakkan kepada peserta kursus pertanian yang berpotensi terutamanya golongan muda untuk menceburi
bidang pertanian.
ii.  Membantu mengurangkan modal permulaan kepada peserta projek ekonomi berskala kecil yang baru hendak melaksanakan
projek pertanian.
iii.  Dapat melahirkan peserta projek ekonomi berskala kecil yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian
di samping menjana pendapatan sampingan.
1.3 Pelaksanaan program ini juga akan melahirkan usahawan pertanian baru terutamanya golongan muda di wilayah KEJORA
dalam melaksanakan projek-projek pertanian.

PERMOHONAN
2.1 Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:
https://forms.gle/S4AS3qsELRsoWAAm9 atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

                                                 LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
                                                         BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
                                                         JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
                                                                  81930 BANDAR PENAWAR,
                                                                                      JOHOR.

2.2 Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my.
2.3 Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 FEBRUARI 2023 (KHAMIS) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima
selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
2.4 Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan adalah dianggap                TIDAK BERJAYA.
2.5 Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA
di talian 07-8843000 atau 07-8843156.
2.6 Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat permohonan adalah seperti lampiran berikut:

IKLAN STAg TAHUN 2023 Borang Permohonan SKIM TUNAS AGRO tahun 2023