PELAWAAN PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) TAHUN 2024

PERMOHONAN
1. Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:
i. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my atau;
ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu: https://forms.gle/LRumPGYEGzg3eFaw6 atau;
iii. Mendapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA sepertimana alamat berikut:

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,
BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,
JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,
BANDAR PENAWAR,
81930 BANDAR PENAWAR,
JOHOR.

2. Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke pertanian@kejora.gov.my.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 JULAI 2024 (SELASA) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada         tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.
4. Sekiranya tiada sebarang jawapan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup, maka permohonan tuan/puan adalah                      dianggap TIDAK BERJAYA.
5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau
    07-8843159.

IKLAN STAg 2024 Borang Permohonan SKIM TUNAS AGRO (STAg) TAHUN 2024