







Pelancongan Desa
- Dikenali sebagai pintu masuk selatan Malaysia, Johor dilihat sebagai lokasi ideal bagi pelancong untuk beristirehat terutama pelancong dari Singapura. Kajian menunjukkan terdapat 50% pelancong telah memilih beberapa kawasan pelancongan di Wilayah Johor Tenggara sebagai destinasi percutian dan pengembaraan.
- Pembukaan kawasan Pelancongan Desaru pada tahun 1970-an telah menjadi sejarah titik mula kepada pembangunan industri pelancongan di negara ini dengan pengunjung tradisinya adalah dari Singapura.
- Pengenalan Desaru sebagai “The Last Unspoiled Corner Of South East Asia” telah menyaksikan zaman kemuncak industri pelancongan pada era 1980-an dan 1990-an. Bermula dari itu, KEJORA telah mula merancang pelbagai strategi mempertingkatkan kedatangan pelancong ke Wilayah Johor Tenggara dengan pembinaan lebih banyak produk pelancongan yang unik dan menarik.
- Sehingga ke hari ini KEJORA komited untuk menjadikan wilayah ini sebagai kawasan pelancongan utama di negeri Johor. Ia meliputi usaha membangunkan kawasan desa yang menawarkan kebudayaan, keunikan sara hidup masyarakat, kelestarian Eko Tourism, Agro Tourism dan keindahan serta keunikan alam semula jadi.
Kampung Belukar Durian adalah salah sebuah lokasi pelancongan pesisir sungai yang sangat menarik untuk dikunjungi. Lokasi ini popular bagi pemancing udang air tawar dan hidupan air tawar yang lain. Diselubungi dengan tumbuh-tumbuhan di tepi sungai dan hutan paya air tawar, Tanah Lembab Sedili Kechil ini dilihat akan kekal sebagai sebuah kawasan tadahan sungai yang terpelihara dan begitu berharga. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah penanaman semula bakau, sungai safari, menerokai pantai berpasir, mengutip lokan dan ketam bakau, melihat keunikan kraftangan kerang-kerangan laut hasil usahawan desa dan terbaharu, pengunjung boleh melihat proses pemeliharaan belangkas sambil menyusuri sungai yang cantik dan jernih.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-
No. Tel : 019-738 0372 (Kamal)
Website : www.homestaykampungbelukardurian.blogspot.my
www.facebook.com/kejoraecotourism
*Walaubagaimanapun The Wetlands Kampung Belukar Durian ditutup untuk semua pelancong buat sementara waktu bagi kerja-kerja menaik taraf dan dijangka siap pada Oktober 2023
Kampung Johor Lama – terletak di bahagian kiri Sungai Johor dengan jarak kira-kira 27km dari Kota Tinggi dan kira-kira 27km dari Desaru. Di Kampung Johor Lama, anda akan berada dalam dimensi kehidupan pantai dengan pemandangan indah Sungai Johor yang luas merangkumi banyak anak sungai yang begitu mempersonakan serta melegakan minda dan badan. Antara keunikan yang ada di sini adalah Tarian Zapin dan hadrah Johor Lama dan Air sakar. Jika anda ingin menelusuri sejarah kesultanan Johor Lama pula, kunjungilah Muzium Kota Johor Lama yang terletak berhampiran kampung. Aktiviti yang boleh dijalankan di sini adalah “Kampung Tour” dengan menaiki basikal, menikmati kuih tradisional bersama Air Sakar (sejenis air tradisional) sambil dihiburkan dengan alunan hadrah (paluan irama kompang).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-
No. Tel : 013-7429417 (Pn Jaliah)
Website : http://tourismkejora.blogspot.my
Kampung Mawai – mempunyai sebatang sungai yang terkenal dikalangan pemancing udang galah. Kampung ini sangat sesuai untuk aktiviti kembara dan pelancongan eko – pelancongan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-
No. Tel : 019-7455991 (Puan Ummi)
Website : http://tourismkejora.blogspot.my
Pengusaha : Belungkor Adventure / Tok Amin, Ketua Kampung.
Bermula 2018 – 300 – 500 org Pendapatan Sebelum covid 15k, Staf ada 3 org, sambilan 7-10 org. Boat Kejora ada 2 – 12 org, Boat Nelayan ada 6 ( 4-6 org)
Kampung Linting atau dikenali dengan nama Pulau Tanjong Surat merupakan sebuah lokasi pelancongan yang unik dan masih belum diteroka. Ia adalah sebuah pulau yang dikelilingi ekosistem sungai yang didominasi oleh hutan bakau pasang surut. Ianya terletak di tengah-tengah ekosistem sungai paya bakau dan merupakan kawasan rezab Hutan Belungkor serta dikelilingi oleh beberapa perkampungan Nelayan. Kira-kira 80% daripada masyarakat tempatan yang tinggal di sini adalah Nelayan yang bergantung kepada ekosistem bakau untuk kehidupan harian mereka. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di sini seperti menyusuri sungai sambil melihat keindahan flora dan fauna, menyaksikan pertandingan Jong (Permainan Tradisional Nelayan Johor – Riau) dan melihat produk-produk usahawan desa.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-
No. Tel : 010-4135025 (En. Amin)
Website : http://tourismkejora.blogspot.my
Sejarah Kota Panchor tidak begitu panjang tetapi turut memainkan peranan penting dalam sejarah Negeri Johor. Disini lah kedaulatan Negeri Johor terlepas ke tangan orang asing. Panchor juga pernah menjadi pusat persinggahan sementara bagi askar-askar Acheh dalam pelayaran melalui Sungai Johor dan pihak Portugis juga pernah membina gudang disini.
Dengan pembunuhan Sultan Mahmud Syah II pada tahun 1699 berakhirlah zuriat Sultan Melaka. Berikutan kemangkatan itu Bendahara Johor dijadikan Sultan Johor dengan gelaran Sultan Jalil Riayat Syah IV. Baginda telah memindahkan pusat pemerintahan dari Kota Makam Touhid ke Kota Panchor pada tahun 1700 – 1708 dan pada tahun 1716 – 1718.
Pada tahun 1718 Raja Kecil dari Siak menyerang dan menakluki Johor dan terus menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Baginda bersemayam di Panchor sehingga tahun 1719 sebelum berpindah ke Riau. Panchor merupakan ibu negeri Johor terakhir terletak di tanah besar Johor hingga tahun 1816. Bila pusat pemerintahan berpindah balik ke Tanjung Puteri iaitu Johor Bahru sekarang.
Panchor kini hanyalah sebuah perkampungan nelayan kecil, yang menyimpan peninggalan-peninggalan sejarah seperti sauh Acheh di tepi sungai. Makam Sultan Abdul Jalil di kaki bukit serta Kubu Kota dan Makam Raja Puteh di kemuncak Bukit.
Untuk maklumat lanjut, Sila hubungi :-
No. Tel : 013-7678868 (En. Nizam)
Website : http://tourismkejora.blogspot.my
HUBUNGI
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara,
Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor.




