KORPORAT

Persijilan Kualiti

SKOP SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS)

“Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat Bagi Sistem Electronic Procurement Ready Online ePRO, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara”

Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) untuk pengurusan Perkhidmatan Perolehan merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Perlindungan kepada kerahsiaan, ketulenan dan integriti maklumat perolehan KEJORA;
  2. Pengurusan keselamatan maklumat perkhidmatan perolehan;
  3. Pengurusan pemprosesan maklumat perolehan yang betul dan selamat;
  4. Pengurusan pencegahan akses ke persekitaran fizikal yang tidak dibenarkan serta kerosakan dan gangguan kepada premis dan maklumat organisasi;
  5. Pengurusan keselamatan perkakasan untuk mencegah kehilangan, kerosakan, kecurian atau kompromi ke atas aset dan gangguan kepada aktiviti organisasi; dan
  6. Pengurusan keselamatan terhadap pekerja, pihak kontraktor dan pengguna supaya memahami tanggungjawab masing-masing bagi mengurangkan risiko kecurian, penipuan atau penyalahgunaan kemudahan yang disediakan.

DASAR ISMS

“Menyediakan pengurusan aktiviti perolehan yang berkesan bagi menjamin kerahsiaan, ketersediaan, kebolehpercayaan dan integriti maklumat yang disalurkan kepada pihak-pihak yang berkenaan.”

Dasar ISMS adalah merujuk kepada Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi KEJORA (DKICT) terkini. DKICT KEJORA diwujudkan untuk menjamin kesinambungan urusan KEJORA dengan menimimumkan kesan insiden keselamatan ICT.

SIJIL SIRIM QAS 2018-2021

DASAR KUALITI

KEJORA komited melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam Sistem Pengurusan Kualiti sepertimana yang dinyatakan dalam Skop Pelaksanaan Utama dan sokongan iaitu:

  1. Pengurusan Permohonan Sewaan dan Pajakan Kawasan Tanaman Campuran dan Akuakultur;
  2. Pengurusan Pembangunan Modal Insan Masyarakat Luar Bandar dan Usahawan Tempatan;
  3. Pengurusan Pembangunan Tanah;
  4. Perancangan Pembangunan Fizikal dan Pengurusan Projek Pembangunan;
  5. Pembangunan dan Pelaksanaan Aktiviti Pelancongan;
  6. Aktiviti-aktviti Sokongan Berkaitan.

Melalui pelaksanaan tersebut, KEJORA akan memberi komitmen yang berterusan agar proses penambahbaikan dapat dilaksanakan daripada semasa ke semasa.

SKOP PELAKSANAAN MS ISO 9001:2015

Bagi maksud melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), KEJORA akan melaksanakan tugas-tugas sebagaimana berikut:

  1. Pengurusan permohonan sewaan dan pajakan kawasan tanaman campuran dan akuakultur;
  2. Pengurusan pembangunan modal insan masyarakat luar bandar dan usahawan tempatan;
  3. Pengurusan pembangunan tanah;
  4. Perancangan pembangunan fizikal dan pengurusan projek pembangunan;
  5. Pembangunan dan pelaksanaan aktiviti pelancongan;
  6. Aktiviti-aktiviti sokongan berkaitan.