Pada 15hb Januari 2017 Taman Sinar Sedili telah di rasmikan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dalam majlis tersebut, para peserta Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) telah menerima kunci rumah masing-masing dan dibenarkan untuk mendiami rumah masing-masing.

Penduduk Taman Sinar Sedili merupakan peserta PPRT yang ditempatkan secara berkelompok daripada kawasan DUN Sedili dan kawasan sekitarnya. Penetapan peserta PPRT Taman Sinar Sedili diputuskan melalui Mesyuarat Focus Group yang diurusetiakan oleh Pejabat Daerah Kota Tinggi.

Luas keseluruhan tapak adalah 138.22 ekar dan keluasan tapak untuk pembinaan 100 unit PPRT melibatkan kegunaan tanah seluas 20 ekar manakala lebihan kawasan dicadangkan untuk pembangunan projek ekonomi dan pertanian.

Penempatan ini dilengkapi dengan kemudahan awam seperti surau, dewan terbuka, lampu jalan dan gelanggang futsal. Pihak KEJORA turut menjalankan kerja-kerja pembersihan dan menganjurkan program-program modal insan untuk penduduk Taman Sinar Sedili