LATAR BELAKANG
KEJORA adalah salah sebuah agensi kemajuan wilayah yang diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. KEJORA ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta 75. Secara umumnya KEJORA bertanggungjawab untuk memajukan kawasan Johor Tenggara yang mempunyai keluasan 300,364 hektar.
Mengikut Seksyen 4(1), Akta 75, tugas-tugas Lembaga adalah seperti berikut:
- Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Johor Tenggara;
- Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perusahaan dan perdagangan dalam kawasan Johor Tenggara;
- Mengawal dan menyelaras perlaksanaan kegiatan-kegiatan yang tersebut di atas, dalam kawasan Johor Tenggara.
Pencapaian KEJORA ialah mewujudkan 6 buah bandar baru yang telah dibina sebanyak 6,547 unit rumah serta 423 ruang perniagaan. Selain daripada itu, semua bandar tersebut telah dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan awam dan sosial. Bilangan penduduk di kawasan Johor Tenggara telah meningkat daripada lebih kurang 66,000 orang pada tahun 1972 kepada seramai 144,555 orang pada tahun 1996. Aktiviti utama ekonomi wilayah ini adalah (termasuk perikanan) serta perindustrian dan pelancongan.
OBJEKTIF
Secara umumnya objektif KEJORA adalah berteraskan kepada Dasar Ekonomi Baru, 3 objektif utama KEJORA ialah:
- Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi;
- Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan; dan
- Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Wilayah Johor Tenggara.