PROGRAM EDARAN DAN PENYERAHAN JALUR GEMILANG KEPADA WAKIL BAHAGIAN DAN UNIT DI KEJORA

Berlangsungnya pada hari ini Program Edaran dan Penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil Bahagian dan Unit di KEJORA yang telah diserahkan oleh Puan Marlina binti Amir selaku Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEJORA bersama-sama Pengurus Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, Encik Mohd Ashek bin Mohd Hassan. Turut diadakan juga edaran secara pandu lalu kepada pemandu-pemandu KEJORA.
Program diadakan bagi menyemai semangat patriotisme dengan mengedarkan Jalur Gemilang bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke-64 tahun dengan temanya Malaysia Prihatin dan Sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September 2021 pada setiap tahun.