PROGRAM OUTREACH PEMBERIAN VAKSIN DI KG TG SERINDIT DAN KG RANTAU PANJANG

Pelaksanaan Program Pemberian Vaksin yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi di Balairaya Kg Tg Serindit untuk pengambilan suntikan Dos Pertama dan Balairaya Kg Rantau Panjang untuk pengambilan suntikan Dos Kedua dapat dilaksanakan dengan baik.
Menjadi kebiasaan Sukarelawan Outreach dari KEJORA sentiasa bersiap sedia untuk memberi khidmat yang terbaik di Pusat Pemberian Vaksin agar dapat berjalan dengan lancar. Kami tidak dapat menjadi barisan hadapan tapi sentiasa ada apabila diperlukan.
Terima kasih diucapkan kepada penduduk Kg Tg Serindit dan Kg Rantau Panjang yang mematuhi SOP dan Prosedur sepanjang pemberian vaksin dijalankan. Keseluruhan penerima vaksin adalah seramai 508 orang.