PROGRAM ZIARAH DAN BANTUAN KEPADA USAHAWAN WILAYAH KEJORA

EJORA melalui Unit Ekonomi dan Usahawan (UEU) digesa untuk membantu para usahawan yang terjejas teruk berikutan pandemik COVID-19. Justeru itu, pada 8 hingga 12 Ogos 2021, telah diadakan Program Ziarah dan Bantuan Kepada Usahawan Wilayah KEJORA Bersama PuPUK 2021. Usahawan yang menerima bantuan merupakan ahli-ahli yang berdaftar dengan persatuan PuPUk. Tujuan program ini bagi mengenalpasti usahawan yang mengalami masalah serta menyantuni dan mengeratkan silaturrahim di antara Pengurusan KEJORA bersama usahawan yang terkesan. Sebagai tanda keprihatinan KEJORA, seramai 100 orang usahawan yang terlibat di seluruh wilayah KEJORA telah diberi bantuan berbentuk keperluan harian. Program ini telah diketuai oleh Encik Daud bin Abd Rahman, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA. Turut serta Tuan Hj Matriffin bin Md.Amin (Pengurus Teknologi Maklumat), En Mohd Fakharur Razziy Bin Hazran (Ketua Unit Ekonomi dan Usahawan) serta barisan kepimpinan Persatuan Peniaga dan Usahawan KEJORA (PuPUK). Di sepanjang tempoh pandemik ini, KEJORA juga akan terus berusaha dan merancang pelbagai insentif bagi memulihkan aktiviti keusahawanan khususnya dalam menangani wabak Covid-19.