WARGA KEJORA

PUSPANITA

PUSPANITA Cawangan Kecil KEJORA

  • Selepas pembubaran HELWANI pada tahun 2017, tiada lagi pertubuhan wanita ditubuhkan di KEJORA;
  • Namun begitu, surat arahan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang menginginkan penglibatan semua warga PUSPANITA KPLB, Negeri, Agensi dan LKW dalam semua aktiviti yang dirancang pada tahun 2019 telah membawa kepada penubuhan PUSPANITA di KEJORA secara rasmi;
  • Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil KEJORA telah ditubuhkan pada 24 Januari 2019 setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Pengurusan KEJORA Bil. 5/2019;
  • Mesyuarat telah meluluskan penubuhan PUSPANITA peringkat KEJORA dengan melantik beberapa Jawatankuasa Tertinggi sebagai penggerak di peringkat awal;
  • Mesyuarat Agong Pertama yang telah diadakan adalah pada 24 Mac 2019 di Bilik Taklimat, KEJORA, seramai 76 orang ahli PUSPANITA dan Anggota KEJORA telah hadir.

Penubuhan PUSPANITA di KEJORA adalah melalui PUSPANITA Cawangan Kementerian (Kementerian Pembangunan Luar Bandar);

Nama Pertubuhan      : PUSPANITA Cawangan Kecil KEJORA

Perlembagaan           : Perlembagaan PUSPANITA (Pindaan 2017)

Keahlian adalah semua anggota wanita dan suri anggota lelaki KEJORA.

Objektif Persatuan:

  1. Mengeratkan silaturahim antara anggota;
  2. Memperkukuhkan tadbir urus dengan lebih berkesan;
  3. Memperkasa dan mengupayakan ahli; dan
  4. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian.

PUSPANITA Cawangan Kecil KEJORA Sesi 2021-2023

 

Jawatan

Nama

Pengerusi

Puan Hajah Jamaliah binti Mohamad Nor

Timbalan Pengerusi I

Puan Marlina binti Amir

Timbalan Pengerusi II

Puan Rasidah binti Saring

Setiausaha

Puan Nur Azreen binti Mohamad Yusof

Bendahari

Puan Hanizah binti Amat

Penolong Setiausaha

Puan Nabilah binti Baharudin

Penolong Bendahari

Puan Siti Mariam binti Sahar

Pengerusi JK Pendidikan dan Pemb. Keluarga

Puan Hyeriena binti Abdul Rashid

Pengerusi JK Seranta dan Penerbitan

Puan Halijah binti Khamis

Pengerusi JK Agama dan Kerohanian

Puan Hajah Farah Hanisah binti Mohd Najid

Pengerusi JK Sukan dan Kesihatan

Puan Zuraida binti Muslim

Pengerusi JK Keahlian

Cik Nurul Huda binti Md Isa

Pengerusi JK Kesenian

Puan Kasmaliza binti Kasmari

Pengerusi JK Lawatan dan Kebajikan

Puan Siti Azura binti Bandi

Pengerusi JK Ekonomi

Puan Zulaiha binti Abdul Kadir

Pemeriksa Kira-kira

Puan Fatin Nabila binti Mohamed

Puan Siti Hajar binti Mohd Yusop

Program-program peningkatan kemahiran

  • Kursus pembuatan mee kuning, Kursus jelly 3D,
  • Kursus puding raja, Kursus pembuatan homemade chicken nugget,
  • Kursus membuat ais krim dan Kursus membuat lasagne.

Kursus dan Seminar Kesedaran

  • Seminar Kekeluargaan, Program World Quran Hour, Majlis Ihya Ramadhan, Seminar Kesedaran Hak Dalam Perundangan Syariah, Hari Penglihatan Sedunia, Kursus Pengurusan Jenazah, Program Bacaan Yassin dan Usrah 2021 (Secara Virtual).

Program Ekonomi

  • Seminar Usahawanita KEJORA, Program Jualan Kuih Hari Raya, Program Jualan Mini Mall KEJORA dan Jualan Gerai Sempena FESENI.

Program Kebajikan dan Kebudayaan

  • Program Tautan Ramadhan, Program Jom Makan Durian, Taklimat Pemeriksaan Kesihatan Wanita, Pertandingan PUSPANITAR, Program CB4DR Clothing Bank For Disaster Relief.