KORPORAT

Soalan Lazim

KEJORA adalah salah sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)  yang berfungsi sebagai agen Pembangunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri Johor. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 (Akta 75). Selain itu, KEJORA telah diberikan fungsi dan kuasa tambahan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972. Wilayah KEJORA terletak di dua daerah iaitu Kota Tinggi dan Kluang yang meliputi kawasan seluas 333,364 hektar.
Dewasa ini, kebanyakan maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Johor telah disediakan secara online dan KEJORA diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.
Umumnya, KEJORA boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun, terdapat beberapa maklumat dan perkhidmatan yang memerlukan anda mendaftar sebagai seorang ahli.
Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal KEJORA tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari ‘Dasar Privasi’ di bahagian bawah setiap halaman.
Aduan boleh dikemukakan menerusi Program Hari KEJORA Bersama Pelanggan, telefon, akhbar, hadir ke pejabat KEJORA, emel, talian hot-line, e-Aduan (SISPAA) dan Media Sosial KEJORA.
Untuk makluman, KEJORA adalah salah satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Antara saluran perkhidmatan on-line yang disediakan oleh KEJORA adalah:
a) e-Aduan (SISPAA)
b) e-Perjawatan
c) e-Perolehan

Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :-

Nama : Mohamad Azrul bin Shari
Bahagian/unit : Unit Komunikasi Korporat
No. Telefon : 07-8843000 (samb : 3066 )
E-mel : pro@kejora.gov.my