Unit Komunikasi Korporat
LATAR BELAKANG
Penubuhan Unit Komunikasi Korporat (UKK) KEJORA telah bermula sejak tahun 2007 dan diletakkan di Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia. UKK ditubuhkan dengan objektif untuk memelihara dan meningkatkan imej KEJORA dan mempromosi dasar dan program agensi melalui strategi perhubungan awam yang teratur dan berkesan.
FUNGSI
- Mengurus Hal ehwal korporat jabatan
- Mengurus Perhubungan media
- Mengurus Perhubungan Awam
- Memasarkan maklumat mengenai KEJORA melalui media massa, penerbitan bercetak dan video, portal rasmi dan media sosial KEJORA
PERANAN
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti peningkatan imej KEJORA melalui pelan promosi/publisiti, memantau dan menangani berita/isu, dokumentasi bahan maklumat dan foto; dan penyediaan deraf ucapan/kata-kata aluan YB Pengurus Besar.
- Menyelaras perhubungan media melalui pengurusan liputan media dan sidang media; menyediakan maklumat kepada media dalam bentuk Siaran Media dan melaksanakan aktiviti untuk menjalin hubungan baik dengan pihak media.
- Mengurus perhubungan awam melalui perancangan, penyelarasan dan pelaksanakan program/aktiviti bagi menjalin hubungan baik dengan pihak awam serta warga dalaman KEJORA; dan khidmat pelanggan; serta lawatan rasmi pihak awam dari dalam dan luar negara ke KEJORA.
- Merancang, menyelaras dan menerbitkan bahan cetakan jabatan termasuk Laporan Tahunan, pamphlet / fliers, banner dan bunting bagi aktiviti/ program, jabatan.
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan Majlis-majlis rasmi KEJORA.