header-inner-1
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
BANNER-INNER
KORPORAT

Unit Pelaburan

PELABURAN
Nama: Abidullah bin S. Ali
E-mel: abidullah[at]kejora[dot]gov[dot]my
No. Telefon: 07-8843005
OBJEKTIF
  • Merancang cadangan pelaburan berbentuk komersial setelah dikenalpasti dari Bahagian Perancangan Strategik KEJORA.
  • Meneliti dan menilai cadangan pelaburan dalam bentuk hartanah dan kewangan terutama dari aspek pulangan pelaburan/Return On Investment (ROI) kepada KEJORA.
  • Memantau pelaksanaan projek komersial/ usahasama KEJORA mengikut ketetapan dalam perancangan/perjanjian yang telah dipersetujui/ditandatangan.
  • Mengkaji cadangan pelaburan KEJORA termasuk kajian kebolehterusan/ke arah hala tuju membiayai diri agensi.

Unit Pelaburan telah ditubuhkan lanjutan daripada sesi Khidmat Nasihat SPRM yang telah ditandatangani oleh Pengurus Besar pada 2 Februari 2016. Selain itu juga, dalam Laporan Ketua Audit Negara Bil.3/2016 berhubung pentadbiran hartanah di KEJORA juga turut menyokong pemantauan yang lebih spesifik bagi projek-projek penswastaan dan pengurusan pembangunan hartanah.

Unit Pelaburan telah ditubuhkan secara rasmi secara pentadbiran di bawah Unit Pejabat Pengurus Besar pada 2 Julai 2017 dengan menjalankan fungsi-fungsi unit meliputi tiga skop bidang yang utama selaras dengan keputusan Mesyuarat Khas Unit Pelaburan Bil.2/2017 bertarikh 10 Disember 2017 yang dipengerusikan oleh Pengurus Besar KEJORA sebagaimana berikut:

  1. Sektor Tadbir Urus Korporat/Khidmat Pengurusan Pelaburan
  2. Sektor Pembangunan Hartanah Dan Komersial
  3. Sektor Pengurusan Tabung-Tabung Dan Ekuiti

Bagi memperkukuhkan tadbir urus Pelaburan KEJORA ke arah “Good Corporate Governance”, beberapa Jawatankuasa berkaitan telah ditubuhkan. Senarai dan fungsi Jawatankuasa tersebut diperincikan sebagaimana jadual di bawah:

Bil.

Nama Jawatankuasa

Fungsi

Tarikh Ditubuhkan

1. Jawatankuasa Pelaburan KEJORA (JPK) Jawatankuasa ini bertanggungjawab kepada Lembaga Pengarah KEJORA untuk melaksanakan kaedah pelaburan yang difikirkan bersesuaian dan wajar berdasarkan garis panduan yang ditetapkan sebagaimana Arahan Amanah yang diluluskan 12 April 2012
2. Initial Assessment Committee (IAC) Jawatankuasa ini bertanggungjawab meneliti isu dan masalah yang sedang berlaku dalam pengurusan pelaburan KEJORA dan seterusnya mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan yang berbentuk segera, jangka sederhana dan jangka panjang untuk pelaburan yang dirancang 18 Mac 2019
3. Jawatankuasa Imbuhan Dan Penamaan KEJORA (JPIK) Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengkaji, menilai dan meneliti bagi lantikan Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Kewangan Anak Syarikat KEJORA seterusnya mengesyorkan kepada Lembaga Pengarah KEJORA untuk pertimbangan dan kelulusan. 23 Februari 2020

PEMBANGUNAN HARTANAH DAN ASET KOMERSIAL

  • Mengkaji cadangan pelaburan KEJORA termasuklah Analisa Risiko, Kajian due Diligence, Kajian Feasibility ke arah hala tuju membiayai diri.
  • Meneliti dan menilai cadangan pelaburan dalam bentuk hartanah dan kewangan terutamanya dari aspek Pulangan Pelaburan (ROI) dan Breakeven Point (BEP) kepada KEJORA.
  • Memantau dan memastikan aliran tunai ROI bagi projek-projek komersial/usahasama KEJORA mengikut perancangan dan perjanjian yang ditetapkan.
  • Mengenalpasti ketersediaan aset-aset komersial sedia ada atau baharu yang berdaya maju dan menguntungkan KEJORA.
  • Pusat rujukan ke atas data-data pembangunan komersial di KEJORA serta mewujudkan pengkalan data pelaburan bersistematik.

PELABURAN TUNAI DAN EKUITI

  • Pengurusan risiko mampertimbangkan had kerugian untuk ditetapkan seterusnya mengira jangkaan keseluruhan strategi pelaburan tunai & ekuiti serta kaedah mengelakkan risiko kehilangan modal.
  • Menyelaras urusan pelantikan Pengurus Dana/ Perunding bagi pelaburan ekuiti, bon dan pasaran wang.
  • Mengurus Kumpulan Wang Amanah Pelaburan KEJORA / ‘Trust Deed’ KEJORA / Unit Amanah (ekuiti, bon, sukuk, pasaran wang).
  • Menguruskan tabung pelaburan yang mana pulangannya untuk membiayai program CSR KEJORA.
  • Menganalisa ganjaran/ risiko atau risk to reward untuk dikuatkuasakan, cara melaksanakan pengurusan wang, portfolio seimbang dan mengurus korelasi di antara pelaburan terbuka.

TADBIR URUS KORPORAT/KHIDMAT PENGURUSAN

  • Penyediaan dan pematuhan Dasar & Polisi Pelaburan KEJORA.
  • Mewujud, memantau dan menyelaras hal-hal berkaitan Tadbir Urus Korporat termasuklah aktiviti Pentadbiran Am dalam My Portfolio, My Prestasi, KPI dan SKT.
  • Menyelaras dan memantau aktiviti dan prestasi anak syarikat dan subsidiari termasuklah prestasi projek dan penyaluran dana KEJORA kepada anak syarikat.
  • Menyelaras proses penamaan calon, pelantikan baharu/semula, penamatan dan pengemaskinian bayaran elaun Ahli Lembaga Pengarah Anak Syarikat dan subsidiari.
  • Pusat rujukan bagi hal-hal berkaitan pelaburan anak syarikat agar selari dengan Lembaga Kemajuan Wilayah yang lain.