header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
BANNER-INNER
KORPORAT

Unit Pengurusan Fasiliti

musirwan
Nama: Mus Irwan bin Hj Misroom
E-mel: mus[at]kejora[dot]gov[dot]my
No. Telefon: 07-8843207

FUNGSI-FUNGSINYA

Unit Pengurusan Fasiliti merupakan unit yang memberi khidmat sokongan kepada jabatan. Skop tugas yang dilaksanakan adalah sebagaimana berikut :

  • Pengurusan penyelenggaraan aset tak alih jabatan termasuk aset fizikal dan kemudahan fasiliti lain milik KEJORA
  • Pengurusan penyelenggaraan kebersihan kawasan aset-aset milik KEJORA termasuk di bandar bandar baru KEJORA dan kampung tradisional seliaan KEJORA
  • Menguruskan perkhidmatan yang dibeli melalui sewaan kemudahan-kemudahan fasiliti KEJORA yang dibawah seliaan
  • Memberikan khidmat sokongan bantuan mekanikal dan elektrikal kepada pelanggan daripada dalaman KEJORA dan juga jabatan/entiti luar KEJORA

UNIT PENTADBIRAN AM

  • Memastikan pengurusan aset tak alih jabatan dilaksanakan dengan berkesan
  • Menguruskan penggunaan dan sewaan kemudahan fasiliti serta logistik dapat diselia dengan teratur
  • Merangka peruntukan dan perbelanjaan kerja-kerja penyelenggaraan aset tidak alih jabatan
  • Melaksanakan kolaborasi dengan pihak lain dalam program seperti gotong royong dan CSR
  • Melaksanakan dan menguruskan kutipan parking kenderaan dan tandas Pantai Tanjung Balau
  • Memastikan operasi kawalan keselamatan pantai Tg Balau dapat dilaksanakan dengan cekap dan mengikut operasi standard (SOP)
  • Memastikan kerja-kerja yang melibatkan urusan Pentadbiran berjalan lancar dan sempurna;
  • Melaksanakan arahan daripada jabatan/pengurusan selaras dengan peraturan dan pekeliling jabatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

UNIT PENYELENGGARAAN BANGUNAN/ELEKTRIKAL

  • Melaksanakan pengurusan bagi kerja-kerja penyelenggaraan fizikal, elektrikal dan peralatan keselamatan
  • Memberi khidmat sokongan serta bantuan penggunaan peralatan elektrikal dan sistem audio
  • Memberi khidmatsokongan serta bantuan kemahiran pertukangan dan logistik dalam program pameran, hiasan dalaman dan sebagainya
  • Menyelenggara bangunan dan struktur milik jabatan termasuk aset jabatan di wilayahnya
  • Memberi nasihat kepada bahagian/unit di KEJORA berkaitan skop penyelenggaraan yang efisyen
  • Menyenggara kemudahan-kemudahan lain milik jabatan supaya dapat digunapakai dengan sempurna
  • Memastikan semua peralatan elektrikal/mekanikal di dalam seliaan Unit Pengurusan Fasiliti berfungsi dengan sempurna mengikut piawaian yang ditetapkan;
  • Mengawal selia dan memantau projek-projek berkaitan elektrikal/mekanikal di bawah kelolaan Unit Pengurusan Fasiliti berjalan dengan baik mengikut jadual, kos efektif dan berpatutan serta mengikut piawaian yang ditetapkan
  • Menyelesaikan masalah elektrikal/mekanikal dalam kadar segera

UNIT LOGISTIK

  • Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan kebersihan kawasan dan fizikal serta lanskap dapat dilaksanakan mengikut jadual
  • Memastikan kemudahan kelengkapan dan logistik seperti yang dipohon dapat disediakan sebagaimana yang ditetapkan
  • Menyediakan perkhidmatan kemudahan awam seperti tandas dan bilik bilas untuk pengunjung pantai
  • Merancang dalam penambahbaikan persekitaran aset-aset KEJORA khususnya lanskap dan kebersihan sentiasa dalam persekitaran yang kondusif

Unit Pengurusan Fasiliti merupakan unit yang memberi khidmat sokongan kepada jabatan. Skop tugas yang dilaksanakan adalah sebagaimana berikut ;

  • Pengurusan penyelenggaraan aset tak alih jabatan termasuk aset fizikal dan kemudahan fasiliti lain milik KEJORA;
  • Pengurusan penyelenggaraan kebersihan  kawasan aset-aset milik KEJORA termasuk di bandar bandar baru KEJORA dan kampung tradisional seliaan KEJORA;
  • Menguruskan perkhidmatan yang dibeli melalui sewaan kemudahan-kemudahan fasiliti KEJORA yang dibawah seliaan;
  • Memberi khidmat sokongan bantuan mekanikal dan elektrikal kepada pelanggan daripada dalaman KEJORA dan juga jabatan/entiti luar KEJORA.

    BIL                 KEMUDAHAN           LOKASI
1 Stadium Bandar Penawar

Bandar Tenggara

2 Gelanggang Badminton Bandar Penawar
3 Dewan Bandar Penawar

Bandar Tenggara

4 Sewaan Peralatan Bandar Penawar
5 Tapak Perkhemahan Tg Balau
6 Tandas Awam Tg Balau Tg Balau

Untuk maklumat lanjut berkaitan sewaan peralatan dan fasiliti, sla layari https://fasiliti.kejora.gov.my/fasiliti/frontpage/