KORPORAT

Unit Perundangan

  • Memastikan kepentingan KEJORA sentiasa terpelihara daripada sebarang tindakan perundangan oleh pihak luar.
  • Memastikan tindakan yang diambil ke atas pihak luar  dapat memelihara kepentingan KEJORA daripada sebarang tindakan perundangan.
  • Memastikan proses atau semua aktiviti yang dilaksanakan adalah mematuhi peruntukan undang-undang Malaysia yang digunapakai oleh KEJORA.
  • Memberi khidmat nasihat kepada Pengurusan dan Pegawai Bahagian sama ada secara lisan atau bertulis mengikut keadaan tertentu
  • Mendapatkan khidmat nasihat secara bertulis daripada Panel Peguam yang dilantik berhubung sesuatu isu yang dibangkitkan.
  • Meneliti dan menyemak sesuatu kes tuntutan sebelum diserahkan kepada peguam untuk dibawa ke mahkamah
  • Memberi arahan kepada panel peguam untuk memulakan tindakan undang-undang kepada individu atau syarikat sama ada melalui tindakan saman atau melalui lain-lain cara yang sesuai
  • Meneliti dan menyemak kes KEJORA disaman sebelum diserah kepada pihak peguam untuk pembelaan
  • Memberi arahan kepada panel peguam untuk memfailkan pembelaan bagi pihak KEJORA
  • Memantau perjalanan kes yang melibatkan KEJORA terutamanya KEJORA sebagai Defendan
  • Memantau prestasi panel peguam yang mengendalikan sesuatu kes untuk KEJORA
  • Mengeluarkan notis-notis tuntutan perundangan
  • Menghadirkan diri ke Mahkamah sebagai pemerhati bagi pihak KEJORA
  • Membuat semakan serta meneliti dokumen dan maklumat yang diberikan oleh Bahagian untuk menyediakan Perjanjian seperti Surat Tawaran, Pelan-pelan berkaitan, Minit Mesyuarat kelulusan Pengurusan/Lembaga Pengarah/Kerajaan Negeri,Jadual/Lampiran dan lain-lain sebelum mendraf perjanjian.
  • Menyediakan Draf Perjanjian sama ada Sewaan, Pajakan, Pinjaman, Perkhidmatan, Pengurusan, Memorandum Persefahaman dan sebagainya menurut arahan yang diterima daripada Bahagian/Unit
  • Mengarahkan panel peguam menyediakan Draf Perjanjian sama ada Sewaan, Pembangunan, Usahasama, Pajakan, Pengurusan, Jual Beli dan sebagainya menurut arahan yang diterima.
  • Menyemak draf perjanjian yang disediakan oleh panel peguam.
  • Menyemak Ulasan bahagian ke atas draf dan kaji kesesuaian mengikut peruntukan perundangan
  • Menyediakan draf akhir berdasarkan pandangan dan ulasan Bahagian.
  • Menguruskan dan menyempurnakan Borang Pindahmilik, Gadaian, pelepasan gadaian, pajakan serta lain-lain borang yang berkaitan dengan tanah
  • Merekod dan menyimpan dokumen perjanjian KEJORA