header-inner-1
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KEJORA Jump Rope Challenge Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 sempena sambutan Hari Sukan Negara 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Institut Kemahiran Belia Negara, Bandar Penawar.
Program yang berlangsung pada 11 Oktober 2025 ini melibatkan kerjasama strategik antara KEJORA, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi, Institut Kemahiran Belia Negara dan Persatuan Sukan Lompat Tali Negeri Johor (JORSIS). Acara ini telah mencatatkan penyertaan seramai 210 orang murid sekolah rendah di seluruh negeri Johor.
YBrs. Encik Mohd Hanafi bin Jantan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) telah hadir mewakili Pengurus Besar KEJORA bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Pelbagai pertandingan dan aktiviti sukan lain turut diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Sukan Negara 2025.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas penglibatan aktif dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini.