header-inner-1
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
Barisan Pengurusan KEJORA serta warga Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengiringi langkah terakhir Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil sebagai Pengurus Besar dalam satu sesi ‘clock out’ pada hari ini.
Sesi ini berlangsung sebagai simbolik kepada satu era kepimpinan yang berwibawa, penuh dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi sebagai Pengurus Besar KEJORA ke-10 sejak dilantik pada 1 Januari 2024.
Seluruh keluarga besar KEJORA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil atas segala sumbangan dan jasa bakti yang tidak ternilai, dan mendoakan agar Yang Berhormat Datin Paduka terus cemerlang dalam menyambung khidmat bakti di tempat baharu.