KEJORA KOMITED MEMPERKASA AGENDA TRANSFORMASI DESA DI WILAYAH JOHOR TENGGARA
YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), bersama barisan Pengurusan Tertinggi KEJORA, telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Kunjungan ini merupakan komitmen KEJORA dalam usaha memperkukuh pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar di kawasan Johor Tenggara, seiring aspirasi KKDW untuk memperkasakan kesejahteraan rakyat.
Pelan Tindakan Transformasi KEJORA yang menjadi blueprint strategik dalam memperkukuh peranan KEJORA dan pemerkasaan Anak Syarikat telah dibentangkan sebagai iltizam KEJORA dalam mencapai matlamat ke arah wilayah yang maju, makmur dan desa yang sejahtera.



















