PEMANTAPAN PELAKSANAAN PROJEK PROSPEK MUKIM JORAK PANCHOR 2025 OLEH KEJORA
Bagi memberi pendedahan dan nilai tambah mengenai model pelaksanaan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Mukim Jorak Panchor, KEJORA telah mengadakan satu siri lawatan kerja ke projek PROSPEK yang berjaya di bawah kelolaan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). PROSPEK yang diperkenalkan oleh KKDW ini adalah menekankan pembangunan Ekonomi Insitu yang bertujuan meningkatkan taraf hidup masyarakat kampung.
Lawatan kerja PROSPEK ini bagi membolehkan peserta mempelajari amalan terbaik dalam pengurusan projek komuniti dan meneroka idea baharu untuk memperkukuh pembangunan usahawan di Mukim Jorak Panchor serta berpeluang membina rangkaian kerjasama bersama usahawan PROSPEK kedua-dua agensi tersebut.
Pelaksanaan program ini telah memberikan nilai tambah yang signifikan kepada peserta, membuka ruang strategi pembangunan ekonomi komuniti yang lebih mampan, dan berpotensi meningkatkan keberkesanan PROSPEK di Mukim Jorak Panchor. Usaha berterusan ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan taraf hidup penduduk setempat.
Encik Mohd Fakharur Razziy bin Hazran, Pengurus Pembangunan Ekonomi dan Usahawan KEJORA, telah mengetuai lawatan kerja ini dan delegasi KEJORA telah disambut mesra oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti KEDA, Encik Mohd Azam bin Omar, serta Pengurus Bahagian Ekonomi PERDA, Encik Mohd Hazahari Md Haris, bersama pasukan pegawai masing-masing.








































