header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
LAMAN PAYA BAKAU TANJUNG SURAT & GALERI JONG DALAM SIRI JELAJAH MAJESTIC JOHOR
Laman Paya Bakau Tanjung Surat dan Galeri Jong — dua lokasi yang menonjolkan keunikan warisan maritim Johor serta keindahan ekosistem paya bakau — menjadi destinasi pilihan bagi Siri Jelajah Majestic Johor di Daerah Kota Tinggi.
KEJORA berbesar hati menyantuni delegasi Jelajah Majestic Johor, yang turut disertai oleh Yang Berhormat Puan Fauziah binti Misri, ADUN Penawar, serta selebriti tanah air Zulin Aziz, Nasz Sally dan Maryam Younarae. Kehadiran mereka menyerikan lagi aktiviti sambil berinteraksi bersama para pengunjung dalam suasana mesra dan harmoni.
Delegasi turut berpeluang menghayati keistimewaan Pulau Tanjung Surat, sebuah Desa Kirana KKDW, melalui aktiviti menyelusuri hutan paya bakau dan menyaksikan demonstrasi pembuatan jong — seni pertukangan tradisional pelaut Johor yang masih dipelihara sehingga kini.
Usaha ini menggambarkan komitmen KEJORA dalam menyokong Tahun Melawat Johor dan Tahun Melawat Malaysia 2026, selain mempromosikan Pulau Tanjung Surat sebagai destinasi pelancongan desa yang wajib dikunjungi di Negeri Johor.