header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
MERENCANA EKOSISTEM PELANCONGAN INDUSTRI PERHOTELAN

Pengurus Besar KEJORA, YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Puan Indra Gandhi Pillai, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus Desaru Beach Resort & Spa bagi membincangkan potensi kerjasama dan perancangan trip ekopelancongan di Wilayah KEJORA.
Perbincangan ini memberi fokus kepada pengukuhan produk pelancongan berasaskan alam semula jadi, pengalaman komuniti setempat serta produk hiliran usahawan luar bandar, selaras dengan usaha memperkasa sektor pelancongan di Wilayah KEJORA di samping membantu mempromosikan Tahun Melawat Johor 2026.
Terima kasih atas kunjungan dan komitmen yang diberikan. Semoga kerjasama strategik ini dapat direalisasikan demi manfaat penduduk Wilayah KEJORA.