header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KEJORA PERLUAS KOLABORASI PEMBANGUNAN PLKK DAN TVET
KEJORA terus komited memperkukuh jaringan strategik apabila Pengurus Besar, YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Wan Jusaini Rizal bin Wan Nasaruddin, CEO IIUM Consultancy and Innovation bagi meneroka peluang kolaborasi dalam PLKK dan TVET.
Sesi turut diserikan dengan perkongsian oleh Encik Azhan bin Mustapha, Chief Operation & Business Officer dari Elzar Shariah Solution berkaitan kursus atas talian serta pemanfaatan AI dalam menyokong perkhidmatan perniagaan. Sesi ini dijalankan secara santai dengan menekankan kepada manfaat teknologi kepada usahawan luar bandar.
Sebagai langkah ke hadapan, KEJORA dan rakan strategik akan memperincikan skop kerjasama melalui sesi susulan bagi merangka pelaksanaan program PLKK dan TVET yang lebih menyeluruh, termasuk penempatan pelatih, peningkatan kebolehpasaran graduan, serta penerapan pembelajaran digital dan teknologi AI dalam ekosistem keusahawanan luar bandar.
Kerjasama ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan belia luar bandar yang berdaya saing, berkemahiran dan bersedia menghadapi keperluan industri masa hadapan.