header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KEJORA–ABM WILAYAH SELATAN TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA MODAL INSAN INDUSTRI PEMBINAAN
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) yang diketuai oleh Pengurus Besar, YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz, telah menerima kunjungan hormat serta mengadakan sesi perbincangan kolaborasi strategik bersama Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan.
Kunjungan tersebut bertujuan meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuh pembangunan dan produktiviti sumber manusia, khususnya dalam sektor industri pembinaan di Negeri Johor serta di peringkat nasional.