CERAMAH PENGUKUHAN INTEGRITI SIRI 1/2026
Ceramah Pengukuhan Integriti Siri 1/2026 bertajuk “Ramadan Membina Integriti” telah disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Nur Zuhdi bin Mohd Daud, Pegawai Pentafsir Al-Quran, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Dalam ceramah tersebut, penceramah menekankan bahawa Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah merupakan medan latihan membentuk disiplin diri, kejujuran, amanah dan tanggungjawab dalam setiap urusan. Penganjuran ceramah ini bertujuan memperkukuh nilai integriti dalam kalangan warga organisasi melalui penghayatan bulan Ramadan sebagai madrasah tarbiah yang mendidik jiwa, membentuk akhlak serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Program ini diadakan sejurus selepas Program Membudayakan Al-Quran sebagai pengisian mingguan rohani warga kerja KEJORA.
Semoga ceramah ini dapat menyemai kesedaran berterusan dalam kalangan warga kerja KEJORA untuk mengamalkan budaya integriti yang tinggi selaras dengan nilai-nilai Islam dan aspirasi organisasi.

































