“SEINDAH RAMADAN, SEIKHLAS PEMBERIAN”
Alhamdulillah, telah berlangsung sesi penyerahan kurma secara simbolik oleh YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz, Pengurus Besar KEJORA kepada barisan Pengurusan KEJORA sebagai tanda agihan kepada seluruh warga KEJORA.
Kurma yang disampaikan bukan sekadar juadah berbuka, tetapi simbol kasih sayang, kebersamaan dan keprihatinan dalam menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Semoga setiap butir kurma yang dinikmati menjadi asbab kekuatan dalam beribadah, menyemai rasa syukur dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Ramadan mengajar kita erti memberi, erti sabar dan erti mensyukuri nikmat yang dikurniakan. Semoga KEJORA terus dilimpahi rahmat, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa berada dalam lindungan-Nya sepanjang bulan yang mulia ini.
Salam Ramadan Al-Mubarak buat seluruh warga KEJORA

































