MATTA FAIR 2026: KEJORA PERKUKUH JENAMA PELANCONGAN TEMPATAN
KEJORA bersama Bayu Balau Beach Resort telah berjaya menyertai MATTA Fair Kuala Lumpur 2026 yang berlangsung pada 3 hingga 5 April di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) dengan jayanya.
Sepanjang penganjuran program ini, pelbagai produk dan pakej pelancongan berteraskan ekopelancongan telah diketengahkan, dengan penekanan kepada keunikan ekosistem pelancongan KEJORA yang merangkumi keindahan alam semula jadi, warisan tempatan serta kemudahan penginapan seperti Bayu Balau Beach Resort.
Penyertaan ini bukan sahaja berjaya meningkatkan keterlihatan dan daya tarikan destinasi pelancongan KEJORA di peringkat domestik dan antarabangsa, malah turut membuka peluang kepada jaringan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan pemain industri pelancongan.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada YAB Menteri Besar Johor serta Kerajaan Negeri Johor atas sokongan dan komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan sektor pelancongan sebagai antara pemacu utama ekonomi negeri.
Adalah diharapkan usaha berterusan ini dapat memperkukuh lagi ekosistem pelancongan KEJORA, seterusnya meningkatkan daya saing destinasi serta menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Johor, khususnya ke kawasan KEJORA sebagai destinasi ekopelancongan pilihan.


























