header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KOMITMEN KEJORA: EKOSISTEM KAWASAN INDUSTRI DIPERKEMAS
Kerja-kerja pembersihan dan pemotongan rumput telah dilaksanakan di sekitar Pusat Automotif dan Industri KEJORA oleh Unit Pengurusan Fasiliti KEJORA sebagai sebahagian daripada usaha memastikan kawasan industri KEJORA sentiasa berada dalam keadaan kemas, selamat dan terurus. Inisiatif ini penting dalam menyokong pembangunan ekosistem industri yang bersih, kondusif dan berdaya saing.
Persekitaran yang terjaga bukan sahaja memberi keselesaan kepada pengunjung dan pekerja, malah turut memainkan peranan dalam memperkukuh imej serta kelestarian kawasan industri KEJORA. Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam memastikan ekosistem ini terus dipelihara dengan baik.