MADANI BEKERJA
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKUAN (JPKA) BIL. 1 TAHUN 2026
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Bil. 1 Tahun 2026 telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz, Pengurus Besar KEJORA, bagi menilai prestasi pengurusan kewangan untuk Suku Tahun Pertama bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2026. Mesyuarat ini menjadi platform strategik untuk memperkukuh tadbir urus kewangan melalui pemantauan rapi terhadap pelaksanaan perbelanjaan, pengurusan hasil serta pematuhan kepada piawaian perakaunan yang ditetapkan. Penekanan turut diberikan kepada prinsip akauntabiliti yang tinggi dalam setiap proses kewangan bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat adalah telus, berhemah dan memberi nilai optimum kepada organisasi.
Selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan, Tadbir Urus Kewangan (PS) 5.1, pelaksanaan mesyuarat secara sukuan ini mencerminkan komitmen berterusan KEJORA dalam mengamalkan integriti serta kecekapan pengurusan kewangan yang mampan. Perbincangan yang berlangsung turut menitikberatkan pengukuhan kawalan dalaman, pengurusan risiko serta pematuhan terhadap peraturan kewangan bagi mengelakkan ketirisan dan memastikan sumber awam diurus secara beretika. Pendekatan holistik ini diharap dapat mempertingkatkan tahap akauntabiliti organisasi, seterusnya menyokong aspirasi KEJORA ke arah kecemerlangan tadbir urus kewangan yang berdaya tahan dan berintegriti tinggi.






















