header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
RANCAKKAN MADANI
PEMERKASAAN EKONOMI MENGKUANG: INISIATIF LESTARI KEJORA
Pembangunan Ladang Tanaman Mengkuang di Kota Tinggi, Johor merupakan satu inisiatif strategik yang memberi nilai tambah kepada sektor pertanian dan industri asas tani di wilayah KEJORA. Projek yang dilaksanakan di kawasan Mukim Sedili Besar ini melibatkan pembangunan bersepadu yang bukan sahaja menumpukan kepada penanaman mengkuang, malah memperkukuh rantaian nilai melalui penghasilan produk berasaskan sumber tempatan.
Tumpuan utama projek ini adalah kepada penubuhan Pusat Pengumpulan dan Penghasilan Kraftangan Berasaskan Mengkuang, yang berperanan sebagai hab pengumpulan bahan mentah serta pusat pengeluaran produk kraftangan bernilai tinggi. Inisiatif ini membuka peluang kepada komuniti setempat untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti ekonomi berasaskan kemahiran, sekali gus memelihara warisan seni kraftangan tempatan sambil meningkatkan pendapatan.
Pelaksanaan projek ini melibatkan kawasan disebahagian PTD 2730 HS(D) 13770 seluas 12.505 ekar di Kawasan Pertanian Kg. Tuan Seh, Mukim Sedili Besar, Daerah Kota Tinggi, Johor Darul Ta’zim. Pembangunan ini dirancang secara holistik merangkumi aktiviti penanaman, pemprosesan dan penghasilan produk, sejajar dengan aspirasi untuk menjadikan kawasan ini sebagai pusat rujukan dalam industri mengkuang di Malaysia .
Secara keseluruhannya, projek pembangunan mengkuang oleh KEJORA berpotensi menjadi pemangkin utama kepada pembangunan ekonomi luar bandar yang mampan dan inklusif di Kota Tinggi melalui pendekatan bersepadu yang merangkumi rantaian nilai daripada penanaman hingga ke pemasaran. Dengan penekanan kepada pembangunan kapasiti komuniti, penghasilan produk hiliran bernilai tinggi serta sokongan latihan dan kolaborasi strategik, projek ini bukan sahaja mampu merangsang pertumbuhan ekonomi setempat dan mewujudkan peluang pekerjaan, malah memperkukuh daya saing usahawan tempatan.
Di samping itu, usaha memperluas inovasi produk dan penjenamaan dijangka membuka peluang penembusan ke pasaran yang lebih luas, sekali gus menjadikan inisiatif ini sebagai model pembangunan industri asas tani yang berimpak tinggi terhadap kesejahteraan masyarakat.