header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
KOMITMEN KEJORA : PRIHATIN PERSEKITARAN, MEMACU KESEJAHTERAAN
KEJORA terus komited memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan terurus melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti penyelenggaraan di kawasan pentadbiran dan aset. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan termasuk kerja-kerja pembersihan di stadium dan nursery Bandar Tenggara, di samping pembersihan menyeluruh di Ibu Pejabat KEJORA bagi memastikan suasana kerja yang kondusif dan profesional.
Selain itu, kerja pembersihan, cantasan pokok serta pemotongan rumput turut dijalankan di aset KEJORA termasuk asrama pelajar, demi menjamin keselesaan dan kesejahteraan penghuni. Usaha pembersihan kawasan nursery Bandar Tenggara juga dilaksanakan secara berterusan bagi mengekalkan landskap yang teratur dan persekitaran hijau yang lestari.
Dalam masa yang sama, KEJORA turut terlibat dalam penyediaan persiapan sempena Kejohanan Berbasikal Ketua Polis Negara di Balai Polis Bandar Penawar, sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran acara komuniti dan keselamatan. KEJORA kekal komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta memastikan setiap kawasan di bawah seliaan sentiasa berada pada tahap kebersihan, keceriaan dan kualiti yang tinggi demi manfaat bersama.