HARI KEJORA BERSAMA PELANGGAN SIRI 1 TAHUN 2026
Hari KEJORA Bersama Pelanggan di PKD Layang-Layang, Simpang Renggam telah berlangsung pada 29 April 2026 dengan sambutan yang menggalakkan. Program ini dianjurkan bagi memudahkan pelanggan berurusan secara terus dengan semua bahagian KEJORA tanpa perlu ke ibu pejabat.
Turut memeriahkan program ialah penyertaan agensi rakan strategik seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF) dan World Vision, menjadikannya platform sehenti yang lebih mesra, pantas dan efisien untuk komuniti setempat.





































