header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
MENILAI DEMI KUALITI: SESI PENILAIAN PERMOHONAN PREMIS KEJORA
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menambah baik proses pemilihan, KEJORA telah melaksanakan sesi penilaian permohonan premis di Daerah Kota Tinggi dan Kluang pada 23 hingga 24 April 2026.
Sesi ini telah diketuai oleh YBrs. Puan Marlina binti Amir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), bersama pegawai daripada Bahagian Pembangunan Ekonomi, Usahawan dan Tani serta bahagian berkaitan. Sepanjang sesi ini, semakan dibuat terhadap pemohon yang disenarai pendek bagi melihat sendiri keadaan sebenar operasi dan aktiviti perniagaan yang dijalankan.
Pendekatan ini diambil sebagai satu langkah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, di samping membantu KEJORA membuat pertimbangan yang lebih teliti dan seimbang berdasarkan keperluan sebenar pemohon.
KEJORA juga berusaha untuk memastikan premis yang ditawarkan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh usahawan yang berpotensi, sambil menggalakkan penawaran produk dan perkhidmatan yang berkualiti serta mampu bersaing.
Diharapkan hasil daripada sesi ini dapat menyumbang kepada proses pemilihan yang lebih baik dan menyeluruh, seterusnya menyokong pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada masyarakat secara berterusan.