KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM) BERSAMA KEJORA
Pada 8 Mei 2026, telah berlangsung satu sesi pertemuan yang bermakna antara pihak KEJORA dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bertempat di Majlis Sukan Negeri Johor.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Gadaffie bin Abd Aziz, Pengurus Besar KEJORA. Pihak KEJORA turut berbesar hati menerima kehadiran Encik Mohd Amran bin Mohd Ariffin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif 1 (Bahagian Dana Awam & Syarikat Berkepentingan Kerajaan) mewakili delegasi YPM.
Antara fokus utama pertemuan ini adalah:
– Mengeratkan hubungan serta membincangkan perkara-perkara berkaitan kerjasama dan perkongsian maklumat antara kedua-dua pihak, khususnya dalam bidang pendidikan.
– Membentangkan cadangan program yang selaras dengan saranan dan galakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Semoga jalinan kerjasama ini dapat membuka lembaran baharu yang memberi impak positif, selaras dengan hasrat memperkasa taraf sosioekonomi melalui kemajuan ilmu dan pendidikan.


























