PENYERAHAN RUMAH DI BAWAH PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT SEJAHTERA (PPRS) DAN BAKUL MAKANAN
KEJORA telah menyempurnakan penyerahan Rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) serta sumbangan bakul makanan kepada dua (2) penerima iaitu En. Yazid bin Supangat dari Kg Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam dan En. Md Saiful bin Saaban dari Kg Rahmat, Sri Lalang, Kluang. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Puan Marlina Binti Amir, Timbalan Pengurus Besar Pembangunan.
Inisiatif ini merupakan komitmen berterusan KEJORA dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat terus diperkasa, khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan agar dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.



















