header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Khafiz bin Bachok aka Khafiz kicok atas kejayaan menawan Puncak Gunung Everest sambil megah membawa Bendera KEJORA ke puncak tertinggi dunia.
Kejayaan penuh bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kekuatan fizikal dan mental, malah mencerminkan semangat daya tahan, keberanian serta iltizam tinggi dalam membawa nama KEJORA ke persada antarabangsa.
“Penawanan Everest oleh Mohd Khafiz sambil mengibarkan bendera KEJORA bukan sekadar simbol kejayaan peribadi, malah mencerminkan aspirasi dan transformasi KEJORA 2.0 ke arah pembangunan ekosistem yang mampan, progresif dan berdaya saing. Semangat keberanian, ketabahan dan kecemerlangan yang dipamerkan menjadi inspirasi kepada seluruh warga KEJORA dalam memperkukuh modal insan, memacu pembangunan komuniti serta membudayakan kecemerlangan demi kemajuan organisasi dan negara.”
Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga KEJORA untuk terus melakar lebih banyak pencapaian gemilang demi memacu pembangunan wilayah yang inklusif, dinamik dan bertaraf dunia.
KEJORA 2.0: Mendepani Cabaran, Mengungguli Kejayaan
Dari Johor Tenggara ke Puncak Dunia
Ikhlas daripada
Pengurus Besar serta seluruh warga Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)