header-inner-1
LAYER-HEADER-INNNERLAYER-HEADER-INNNER
header-inner-3
header-inner-4
header-inner-5
header-inner-6
header-inner-7
MENCIPTA MEMORI BERSAMA TIMBALAN MENTERI KKDW
Majlis Ramah Mesra Pengurusan bersama YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah berlangsung penuh bermakna di Pantai Tanjung Balau dalam suasana santai dan harmoni.
Ditemani deruan ombak, bayu pantai yang nyaman serta panorama malam yang indah, pertemuan ini bukan sekadar majlis makan malam, malah menjadi medan mengeratkan ukhuwah, memperkukuh semangat kebersamaan dan mencipta memori yang pastinya terpahat indah dalam ingatan. Gelak tawa, perkongsian pandangan serta interaksi mesra yang terjalin mencerminkan hubungan erat antara kepimpinan dan warga kerja dalam usaha memacu kecemerlangan organisasi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Timbalan Menteri KKDW atas kesudian meluangkan masa bersama warga KEJORA serta berkongsi pandangan, aspirasi dan iltizam demi pembangunan komuniti luar bandar yang lebih progresif dan mampan.
Semoga jalinan erat, semangat muafakat dan kebersamaan ini akan terus diperkasakan sebagai pemangkin kepada kemajuan serta kecemerlangan KEJORA tercinta pada masa hadapan.
“Makanan malam ni memang onz! Terbaik KEJORA Development Holding Sdn Bhd sebab belanja vibe makan macam hotel.
Kenyang perut, happy hati ”